Courier Coastal Dim Sum ke Tempat Anda

Courier Coastal Dim Sum frozen?

Seriously boleh ke courier frozen item?

Tak rosak ke? Tak basi ke?

Eh betul ke ni korang courier Coastal Dim Sum FROZEN tu?

Haaaa, itulah soalan soalan yang selalu kami terima bila mereka tahu kami hantar Coastal Dim Sum ni melalui courier. Ramai tak percaya kami hantar Coastal Dim Sum frozen ni melalui courier. Silalah percaya, dah masuk tahun ke 2 kami hantar dim sum ni. 98.5% pelanggan kami terima Coastal Dim Sum dalam keadaan yang sangat baik. Dan mereka makan Coastal Dim Sum dengan begitu gembiranya. Coastal Dim Sum ni kami dah hantar (melalui courier) hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia dah. Cuma Sabah Sarawak belum lagi. Doakan tak lama lagi kami buka branch di Sabah Sarawak yer. Banyak demand Coastal Dim Sum area sana.

Ok balik semula ke cerita tadi. Ramai yang ragu ragu kami hantar frozen Coastal Dim Sum ni melalui courier. Mereka khuatir dim sum tu rosak. Ok mari kami nak share panjang lebar bagaimana kami hantar Coastal Dim Sum ni melalui courier. Untuk hantar dim sum frozen ni, tools yang paling penting ialah icebox dan icepax. Kedua dua tools ini diperlukan bagi memastikan produk tersebut kekal segar. Tahan 1-2 hari masa diperlukan untuk penghantaran.

Belah kanan tu rupa ice pax yang kami guna

 

Inilah icebox yang kami guna untuk hantar Coastal Dim Sum

Selain dari icebox dan icepax, perlu tahu courier service mana yang boleh buat penghantaran produk frozen. Bukan semua courier terima produk frozen. Banyak courier tak terima kerana susah nak handle barang makanan frozen. Sebab tu kena jumpa manager syarikat courier, bincang dengan mereka produk yang mahu dihantar dan tunjuk contoh bagaimana kaedah pembungkusan yang dibuat. Pihak courier tak terima produk frozen kerana khuatir barang lain akan basah. Macam kami di Coastal Dim Sum memang bagitahu awal awal yang produk kami diletakkan dalam icebox dan sekelilingnya di seal kemas dengan selotape. Jadi tiada isu lagi produk lain berhampiran akan basah atau rosak.

City-Link Express, our trusted delivery partner 🙂

Bagi penghantaran melalui courier, customer akan terima Coastal Dim Sum ni dalam masa 1 hingga 2 hari bekerja. Since kami di Terengganu, kami buat penghantaran hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu ke negeri yang weekend hari Sabtu dan Ahad.

 

Coastal Dim Sum get ready nak hantar

Manakala bagi negeri yang weekend hari Jumaat dan Sabtu, kami hantar hari Ahad, Isnin dan Selasa sahaja. Ada sebab kukuh kenapa kami buat penghantaran pada hari hari tersebut sahaja. Yang penting, semuanya bagi memastikan customer terima Coastal Dim Sum yang masih fresh dan baik.

Almost setiap hari ada penghantaran

Bagi pelanggan yang mahu kami courier Coastal Dim Sum ke tempat anda, whatsapp je kami untuk order.

Whatsapp : 019 980 0769

FB Page: Coastal Dim Sum

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.