Nasi Goreng Dim Sum

Assalamualaikum. Lama betul saya tak bersiaran di blog Coastal Dim Sum. Bagi yang rindu Coastal Dim Sum, boleh jelajah FB Page Coastal Dim Sum HQ . Teringin nak makan Coastal Dim Sum, whatsapp jer sales team Coastal Dim Sum 019 980 0769. Coastal Dim Sum boleh dipos direct ke tempat awak atau Team Coastal Dim Sum HQ akan locate agent berhampiran lokasi awak.

Hari ni dah masuk minggu kedua cuti sekolah. Anak anak kat rumah ada yang asyik minta makan je. Hehe, biasalah budak budak tengah nak besar. Anak anak saya pun sama. Asyik lapar jer. Tak sempat kering kuku mama dia, lapar lagi. Hehehe. Tapi takpe, anything untuk anak kan. Haiii bukan anak anak je tau camtu, kita yang dewasa ni pun sama. Ada masa lapang rasa nak makan je kan? hehehehee.

Cuti sekolah ni permintaan Coastal Dim Sum memang banyak terutama dari ibu ibu yang buat stock dalam freezer masing masing. Senang katanya bila anak lapar, kukus je dim sum. Mereka prefer dim sum berbanding fries, nugget atau burger kerana dim sum semestinya pilihan lebih baik. Rendah kalori, rendah lemak dan tinggi protein. Sesuai sangat untuk anak anak sedang membesar.

Sempena cuti sekolah ni, saya nak share resepi kegemaran anak anak iaitu NASI GORENG DIM SUM. Kelainan sikit dari nasi goreng biasa, tapi memang sedap dan mudah. Anak anak memang suka makan nasi goreng ni, menambah nambah. Eh bukan anak jer suka, semua kat rumah ni suka makan ni. Letak carrot banyak banyak, cantik warna nasi goreng tu. at kelainan sikit. Ok ibu, cekidout resepi dan cara cara ye :).

Resepi saya share mudah jer. Sesuai sgt utk mama yg sibuk takde masa nak masak complicated? (Ke malas? 🤔😂).

Bahan bahan:
-Semangkuk Nasi Putih
-Bawang putih (ketuk)
-Bawang besar(mayang)
-Isi ayam (potong dadu)
-Carrot (potong dadu)
-Telur
Dim Sum
-1 ketul chicken dim sum
-1 ketul crab dim sum
-1 ketul blackpepper dim sum
-1 ketul seafood dim sum

Pastikan nasi diramas ramas supaya tidak berketul. Usah jgn ditanya macamana nak ramas nasi 😅.

Tumiskan bawang putih dan bawang sehingga garing

 
 Setelah bawang garing, masukkan ayam serta garam dan gula. Ayam dah masak, masukkan carrot dan telur. Jangan kacau. Tunggu telur agak masak.
Masukkan dim sum yang dah dipotong kecil kecil. Setiap dim sum memberikan rasa yang berlainan. Masukkan nasi dan kacau hingga rata.

Taraaa.. dah siap. Yum yum! Sesuai dihidang utk anak anak dan abah anak juga😍

 

Dapatkan dim sum halal di Coastal Dim Sum HQ . Whatsapp hotline kami 019 980 0769. Penghantaran ke seluruh malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.