Tempura Dim Sum

Kali ni admin nak kongsikan resepi makanan yang sangat simple dan senang untuk dimasak. Orang yang tak pandai masak pun boleh buatkan 🙂 . Biasa dengar Dim Sum dikukus sahaja kan, hari ni jom minum petang bersama Tempura Dim Sum pula. Selamat mencuba

Bahan-bahan :

  1.  Coastal Dim Sum
  2.  Tepung gandum
  3.  Serbuk lada sulah
  4.  Telur
  5.  Minyak ( untuk menggoreng )

Cara-cara :

  1.  Keluarkan Dim Sum dari peti dan defrost selama beberapa minit.

2.  Sementara itu pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sedikit. Gaulkan tepung gandum bersama lada sulah dan garam secukup rasa.

Telur dan tepung gandum yang telah disediakan

3.  Langkah seterusnya, setelah Dim Sum sudah di defrost kan, kiranya dah tak keras dan tak berais lagi, panaskan minyak. Setelah minyak panas, celupkan Dim Sum ke dalam telur, kemudian gaulkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum tadi.

Gaulkan Dim Sum

4.  Setelah Dim Sum tersalut rapi dengan bahan-bahan tadi, segera masukkan ke dalam kuali untuk digoreng ye.

Goreng sehingga kuning keemasan 🙂

5.  Sambil tulis entry ni pun admin dapat bayangkan kelazatan Tempura Dim Sum ni. Meleleh ayaq liur 😀 . Okay apabila Dim Sum dah nampak keemasan, angkat dan toskan minyak dahulu.

Toskan sehingga kering minyak.

6.  Bila dah kering minyak bolehlah siap sedia untuk dihidangkan.

Tempura Dim Sum sudah siap untuk dimakan.

Sangat senang dan mudah untuk dimasak kan? Cuma memerlukan beberapa bahan sahaja, maka terhasillah Tempura Dim Sum. Dengan adanya Coastal Dim Sum ni banyak menu dan juadah yang dapat kita hasilkan. Untuk menu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, dinner pun boleh, yang penting dapat dinikmati di rumah bersama-sama keluarga.

Untuk maklumat mengenai Coastal Dim Sum, boleh whatsapp 019-9800 769

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.