Resepi Burger Dim Sum

Assalamualaikum apa khabar semua. Hari ini kami akan berkongsi cerita bagaimana membuat burger yang sedap. Jika ada sesiapa yang mahu buat untuk berniaga pun bagus. Kebiasaannya kita dengar burger daging, burger ayam, buger kambing, benjo dan lain-lain burger lagi. Kali ini kami akan membuat sedikit kelainan pada burger. Resepi ini diberi nama Burger Dim Sum. Kelainan yang ada pada burger ini semestinya lah Dim Sum.

Resepi Burger Dim Sum kali ini kredit kepada Puan Yunzi iaitu #TeamCoastal Stokis Selangor. Okay sebelum kami berkongsi dengan lebih lanjut tentang resepi istimewa ini jom kami kongsikan sedikit ciri-ciri untuk membuat burger yang sedap adalah seperti :

  • Sedikit pedas
  • Sedikit manis
  • Sedikit berkrim & juicy
  • Kaya dengan sos
  • Rupa yang menarik
  • Aroma yang sedap dan menyelerakan
  • Yang penting harga berpatutan

Okay jom kita teruskan dengan resepi Burger Dim Sum 😀

  1.  Bahan-bahan :
  • Coastal Dim Sum ( Mix Combo )
  • Roti
  • Telur
  • Bawang merah
  • Timun
  • Tomato
  • Sos & mayonis
Bahan-bahan yang diperlukan.

2. Cara-cara :

Kukus dim sum. Sementara menunggu dim sum masak, panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng telur. Goreng telur dan hancurkan ( jika nak separuh masak pun boleh ). Setelah dim sum masak, potong dadu.

Sediakan bahan yang telah dikukus dan bahan yang perlu dihiris tadi.

3.  Atur semua bahan tadi ke atas roti dan jangan lupa tambahkan sos dan juga mayonis. Jika nak lebih sedap gunakan Sos Garlic Coastal Dim Sum.

Letakkan bahan di atas roti.

4. Setelah siap diatur semua bahan tadi, hiaskan Burger Dim Sum.

Burger Dim Sum telah siap untuk dihidang!

Sangat mudah untuk sediakan menu ini kan? Bukan sahaja mudah dan menyelerakan, malah boleh dijadikan sebagai menu sihat untuk anak-anak juga tau. 😀

Untuk tempahan Coastal Dim Sum boleh terus whatsapp 019 9800 769

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.