HAPPY-3rd-ANNIVERSARY-COASTAL-DIM-SUM

HAPPY 3rd ANNIVERSARY COASTAL DIM SUM

Alhamdulillah, pada tanggal 15 Oktober 2018 genap sudah 3 tahun usia Coastal Dim Sum. Sebahagian goals sudah tercapai. Namun masih banyak yang masih perlu diusahakan. Perjalanan masih panjang.

HAPPY-3rd-ANNIVERSARY-COASTAL-DIM-SUM
Selamat Ulangtahun yang ke-3 Coastal Dim Sum

Perkembangan Coastal Dim Sum

Jika dahulu permulaan Coastal Dim Sum hanyalah dengan 1 buah peti sahaja untuk menyimpan stok Dim Sum. Packaging pula kosong putih berseri sahaja. Pendapatan jualan Stokis stokis pula dalam 4 angka saja. Belum ramai yang mengenali Coastal Dim Sum pada masa itu. Jika diikutkan banyak suka dan duka dalam memperkenalkan produk kami kepada orang ramai. Bak kata pepatah Melayu “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” , ” Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Kini Coastal Dim Sum telah berwajah baru dengan packagingnya yang tersendiri yang berwarna warni berpotensi menarik perhatian kastemer membelinya. Fasiliti juga semakin bertambah sehingga mempunyai 10 buah peti setakat ini bagi menyimpan stok pada satu satu masa. Alhamdulillah pendapatan jualan Stokis stokis juga makin bertambah sehingga 5 angka. Siapa sangka hanya dengan berniaga dim sum mampu dapat 5 angka. Team Coastal juga semakin bertambah tambah. Bagi memenuhi keperluan kastemer kami akan membuat penambahbaikan dari segi rasa, rupa serta akan menambah produk baru.

Wajah Permulaan Coastal Dim Sum
Coastal Dim Sum berwajah baru

In shaa Allah visi kami semoga Coastal Dim Sum dapat dipasarkan ke seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah Sarawak dan semestinya impian kami mahu menembusi pasaran luar negara kelak. Doakan Coastal Dim Sum terus melangkah jauh menuju ke puncak.

Bagi yang berminat menyertai Team Coastal boleh hubungi kami 0199800769 / 0199170769 dan team kami akan whatsapp anda. Boleh juga lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *