Kenapa Perlu Sarapan Bersama Dim Sum

Sebut pasal sarapan, pasti ada dalam kalangan kita yang tak mahu sarapan ataupun tak sempat mengambil sarapan. Namun, tahukah anda sarapan adalah hidangan paling penting dalam kehidupan kita. Tapi jangan jadi macam min pagi-pagi dah terbayang nasi lemak, nasi dagang, roti canai dengan teh tarik meleleh. Ishh terover pula selera min di pagi hari ni 😛 Sungguhpun begitu, pilihan pertama min mestilah sarapan bersama Coastal Dim Sum. Kenapa perlu sarapan bersama dim sum? Mesti korang pelik dengar menu dim sum dijadikan sarapan. Jom baca lagi…

Sarapan adalah sajian awal yang perlu diambil pada waktu pagi. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang ringan. Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Ramai di kalangan kita tidak menyedari betapa penting sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun dari tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas dan aktif.

Kepentingan sarapan :
1 – Dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan
2 – Meningkatkan daya tumpuan otak
3 – Memastikan metabolisme pada tahap optimum
4 – Mengelakkan makan berlebihan
5 – Membantu mengawal berat badan

Tahukah anda dim sum mempunyai complete protein yang badan kita perlukan. Protein yang dimaksudkan adalah daripada ayam dan udang. Coastal Dim Sum hanya menggunakan bahan segar premium yang segar sahaja. Sebab itulah ia mampu membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.

Coastal Dim Sum mengandungi vitamin dan serat sayuran. Khasiat penting tersebut diperoleh daripada sayuran yang terdapat di dalam dim sum seperti cendawan butang, cendawan shiitake, lobak merah, kacang panjang, sengkuang cina, lada hitam dan banyak lagi.

Kenapa Perlu Sarapan Bersama Dim Sum
Khasiat yang terkandung dalam Coastal Dim Sum berada pada semua aras Piramid Makanan.

Semua bahan kandungan yang terdapat dalam dim sum adalah tinggi protein, vitamin dan serat. Rendah kalori dan kurang lemak. Sesuai sangat untuk kanak-kanak dan untuk korang yang sedang dalam mod diet tu 🙂

Coastal Dim sum boleh dijadikan sebagai bekal untuk anak-anak ke sekolah ataupun ke kelas di pagi hari. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke pejabat. Tak perlu lagi beratur panjang untuk beli sarapan di kedai atau kantin sekolah.

Dari segi penyediaan, Coastal Dim Sum sangat-sangat mudah dan jimat masa. Sambil-sambil bersiap di pagi hari pun korang boleh sediakan sarapan tau. Penyediaannya hanyalah kukus dalam 5 hingga 7 minit. Cara masak yang sihat dan tak perlu guna atau tambah bahan lain pula tu. Senangkan? Hanya gunakan asas 3K iaitu Koyak, Kukus, Kenyang.

Sarapan yang sihat dan berkualiti menjamin kecergasan sepanjang hari.

Ternyata bersarapan dengan dim sum mampu membekalkan khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan kita perlukan di awal pagi.

Jadi apa tunggu lagi jom lengkapkan sarapan korang dengan Coastal Dim Sum sekarang!

Untuk maklumat lanjut boleh terus whatsapp kami 0199800769 / 0199170769. Dan team kami akan hubungi anda. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.