Coastal Dim Sum 2019

Selamat menyambut tahun baru 2019 guys. Dah susun KPI untuk dicapai sepanjang 2019? Min suka guna perkataan KPI (Key Performance Indicator) berbanding azam kerana KPI ini terasa lebih serius dan padu maksudnya. Baru membara semangat ini untuk berusaha bagi mencapai KPI yang ditetapkan.

Alhamdulillah, pencapaian Coastal Dim Sum 2018 sungguh cemerlang. Kecemerlangan Coastal Dim Sum ini Min ambil dari beberapa aspek iaitu kenaikan angka jualan, pertambahan bilangan agent dan stokis serta peningkatan sales bagi agent dan stokis.

Alhamdulillah lagi sekali, sepanjang 2018 ini, sebanyak 1,169,840 (satu juta seratus enam puluh sembilan ribu lapan ratus empat puluh) biji Coastal Dim Sum telah menemui pelanggan pelanggan kami di seluruh Malaysia. Walau angka ini belum cukup besar, namun pencapaian ini cukup bermakna buat kami di Coastal Dim Sum HQ. Harapan kami selepas ini lebih ramai pelanggan dari seluruh pelusuk dunia dapat menikmati kesedapan Coastal Dim Sum kami.

Untuk tahun 2019, halatuju Coastal Dim Sum diperkemaskan dengan lebih tersusun. Lebih banyak KPI diletakkan untuk permudahkan kesemua team Coastal Dim Sum nampak dengan jelas perjalanan yang perlu kami lalui.

Misi utama Coastal Dim Sum 2019 ini terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu

1. Membantu 1000 #TeamCoastal baru memulakan perniagaan dengan Coastal Dim Sum

2. Menambahkan aset digital dan aset fizikal Coastal Dim Sum 30% lebih tinggi dari 2018.

3. Berkolaborasi dengan minima 10 Coastal Partners sepanjang 2019.

 

#TeamCoastal 2019

Untuk 2019, pihak Coastal Dim Sum HQ akan memperkenalkan Coastal Dim Sum Business KIT khas untuk agent yang baru sertai #TeamCoastal. Dalam Kit ini lengkap dengan
-buku panduan agent
-planner
-pricelist
-bunting/poster
-produk Coastal Dim Sum

Dengan adanya Kit ini, agent agent lebih mudah untuk mula berniaga kerana telah ada Kit yang lengkap dan mereka hanya perlu follow sahaja step step yang telah diberi dalam Buku Panduan Agent Coastal Dim Sum.

Kami memudahkan proses memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan itu lebih mudah untuk dimulakan. Agent tak perlu rasa takut takut dan risau lagi bagaimana mahu mula berniaga Coastal Dim Sum ini kerana kami telah sediakan satu persatu panduan lengkap untuk anda berniaga.

Senangkan nak buat income lepas ni? Hanya labur untuk satu Kit Business, anda dah boleh mula berniaga.

Cover Buku Panduan Agent Coastal Dim Sum

 

#CoastalPartner 2019

Insha Allah tahun ini Coastal Dim Sum akan melebarkan sayapnya untuk berkolaborasi dengan Coastal Partners pula. Anda yang sudah mempunyai premis berniaga ataupun mempunyai restoran sangat digalakkan untuk menyertai program Coastal Partners by Coastal Dim Sum ini.

Kelebihan Coastal Partners:

  • Dapat menjual dim sum jenama Coastal Dim Sum.
  • Paling istimewanya, Coastal Dim Sum akan menambah perisa baru khas untuk Coastal Partners sahaja. Maknanya, dim sum itu hanya dijual di restoran restoran Coastal Partners dan variasinya lebih banyak.
  • Coastal Dim Sum HQ akan membuat marketing besar besaran untuk Coastal Partners bagi menarik ramai pelanggan datang ke restoran mereka. Secara tak langsung dapat menambahkan jumlah pelanggan pelanggan mereka.

Macamana? Menarik kan kelebihan plan terbaru kami khas untuk Coastal Partners ini? Anda peniaga restoran bukan sahaja dapat kembangkan perniagaan anda dengan cabang baru iaitu produk dim sum, tetapi dapat juga naikkan brand restoran anda.

Untuk tahun 2019, produk dim sum semakin mendapat tempat di hati pelanggan, jenama Coastal Dim Sum juga telah dikenali ramai. Sebut sahaja dim sum, ramai yang terus mention jenama Coastal Dim Sum packaging warna hijau. Coastal Dim Sum memang sudah sinonim dengan packagingnya yang bewarna hijau ini.

Coastal Dim Sum Packaging Hijau

 

Ini antara KPI dan misi Coastal Dim Sum 2019 yang kami sedang bangunkan. Insha Allah, kami mohon semuanya dipermudahkan. Harapan kami supaya produk Coastal Dim Sum ini akan terus berkembang dan lebih ramai pelanggan dapat merasai kesedapan Coastal Dim Sum ini.

 

Rewards bersama Coastal Dim Sum

Sejak dulu lagi Coastal Dim Sum sentiasa menghargai #TeamCoastal yang terdiri daripada agent dan stokis. Antaranya kami pernah mengadakan reward freezer, handbag berjenama, kosmetik dan juga wang tunai.

Boleh klik link dibawah untuk baca sebahagian kisah kisah team kami yang pernah terima reward dari Coastal Dim Sum HQ:

  1. Kisah qualifier reward freezer
  2. Kisah qualifier reward handbag Carlo Rino
  3. Kisah qualifier reward handbag Coach 1
  4. Kisah qualifier reward handbag Coach 2

Kesemua reward ini bertujuan untuk menambahkan lagi semangat #TeamCoastal dalam mengembangkan perniagaan masing masing.

Insha Allah tahun 2019 pihak Coastal Dim Sum HQ akan menyediakan reward yang lebih gempak untuk #TeamCoastal stokis dan agent.

Sebab itulah untuk tahun ini, kami hanya mahukan team yang berdedikasi sahaja bersama sama kami dalam mengembangkan perniagaan ini.

Jangan risau jika anda tidak ada pengalaman berniaga. Pengalaman berniaga bukan syarat utama untuk sertai #TeamCoastal, hanya perlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi untuk bersama #TeamCoastal.

Bersama Team Coastal Dim Sum, anda diajar dengan details cara dan teknik untuk membuat jualan dengan mudah. Biarpun tiada pengalaman berniaga, team kami akan guide anda satu persatu. Jadi tak perlu risau jika anda belum anda pengalaman berniaga. Insha Allah kami akan bantu anda.

Berminat untuk sertai team kami?

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 atau klik di sini. Team kami akan hubungi anda segera.

Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ .

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *