Kepentingan Protein Pada Tubuh

Kepentingan Protein Pada Tubuh

Badan kita memerlukan protein untuk membesar dan sihat! Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat. Harini min nak mengajak anda selidiki apakah kesan kekurangan protein pada tubuh badan kita jika kita mengabaikan pengambilan protein.

Apa itu protein?
Protein terdapat di seluruh tubuh kita dan ia adalah sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh kita. Pembinaa tisu merupakan fungsi utama protein. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel kulit, rambut, kuku dan tulang. Ianya bahan mentah yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh.

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum. Protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter yang mempengaruhi otak dan tubuh kita.

Protein boleh didapati dalam makanan harian kita. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Antara sumber protein adalah terdiri daripada :
1- Daging, telur, ayam
2- Produk tenusu
3- Sayuran, kekacang dan biji-bijian.

Kepentingan Protein Pada Tubuh
Sumber protein seharian kita.

Apa akan terjadi jika tubuh kekurangan protein?
1- Keletihan dan lesu
2- Luka dan penyakit lambat sembuh
3- Tubuh kurang daya tahan terhadap penyakit

Siapa memerlukan protein?
i) Kanak-kanak
Untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Mereka memerlukan sumber protein yang boleh dipercayai untuk memastikan asas kesihatan mereka kekal kukuh bagi tumbesaran dan perkembangan mereka. Dengan sumber protein yang tepat, anak-anakĀ  akan memperoleh khasiat penting untuk membentuk sistem imun dan otot yang kuat kerana nutrien membina dan membaiki tisu

ii) Penuaan yang sihat
Kita semua ingin menikmati proses penuaan yang sihat. Untuk itu, anda perlu makan jumlah protein yang tepat. Pengambilan protein mempengaruhi tahap kecergasan dan tumpuan kerana nutrien ini diubah menjadi sumber tenaga harian untuk kecergasan, tenaga dan kesejahteraan umum yang dipertingkatkan.

iii) Kecantikan
Kecantikan tidak mengira usia dan jantina. Untuk kulit yang kelihatan sihat, lembut dan berseri terletak pada kolagen yang diperbuat daripada protein berserat. Malah, kolagen terdiri daripada 30% jumlah protein tubuh. Ia menyatukan pelbagai organ dan sel tisu, menambah baik keanjalan dan menguatkan kulit. Dengan sumber protein yang tepat, anda boleh mengekalkan kecantikan dan keremajaan anda.

Protein juga terdapat didalam Coastal Dim Sum. Ia terkandung didalam bahan segar yang digunakan seperti isi ayam, udang, sengkuang dan banyak lagi. Jadi anda yang nak sihat, nak badan ideal dan kesihatan terjamin, pilihlah Coastal Dim Sum sebagai menu untuk hidangan waktu makan anda.

Kepentingan Protein Pada Tubuh
Coastal Dim Sum mengandungi protein yang diperlukan.

Untuk maklumat lanjut boleh terus whatsapp kami 0199800769 / 0199170769. Dan team kami akan hubungi anda. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.