Khasiat Dan Kebaikan Lobak Merah

Khasiat Dan Kebaikan Lobak Merah

Setiap sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Mungkin ramai yang tidak suka makan sayuran hijau, tapi ada juga yang membuat pengecualian dengan memakan sayuran yang lain contohnya seperti lobak merah. (eh kenapa terasa seperti min tergolong sama ye? 😀 ) Jadi, harini min nak berkongsi beberapa khasiat dan kebaikan lobak merah yang diperolehi jika amalkan pemakanan sayuran oren ini.

Khasiat Dan Kebaikan Lobak Merah
Banyak khasiat yang terdapat pada lobak merah seperti vitamin A dan B

Khasiat dan kebaikan lobak merah :
1- Kesihatan mata
Lobak merah diperkaya dengan beta-kerotin yang diubah menjadi vitamin A dan B. Ia membantu badan dalam mendapatkan penglihatan yang lebih baik dan jelas.

2- Memerangi kanser
Di dalam lobak merah terkandung hidrat arang, fosforus, beta kerotin yang menjadikannya sangat baik untuk kesihatan tubuh. Kandungan beta kerotin dipercayai berkesan untuk mencegah tubuh dari serangan barah. Kajian menunjukkan, orang yang memakan lobak merah 2 kali sehari, dapat menurunkan 17 % risiko penyakit barah payudara. Bahkan lobak merah baik dari segi meningkatkan daya tahan imuniti dalam badan.

3- Menguatkan daya ingatan
Khasiat lobak dapat meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak kerana mempunyai banyak kalori membantu menajamkan minda serta daya memori kanak-kanak.

4- Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kandungan Beta-karotena, Alfa Karotena dan Lutein dalam lobak merah diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian universiti Harvard, lobak mampu mengurangi risiko kolesterol tidak baik dalam tubuh, yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Zat antioksidan dalam lobak merah juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi, yang dapat mengelakkan penyakit jantung. Jadi sertakan lobak merah dalam menu harian anda

5- Kecantikan
Vitamin A dan antioksidan berkesan dalam melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Bahkan lobak merah juga baik dari melindungi kulit dari berjerawat, masalah kulit kering, kesan penuaan dan juga memberikan kulit lebih cerah. Pengambilan lobak merah juga membantu mendapatkan gigi yang cantik.

Selain dibuat jus dan kek, lobak merah juga digunakan di dalam ramuan Coastal Dim Sum. Sayuran lobak merah ini adalah bahan utama bagi Dim Sum Crab Carrot. Bayangkan bila korang gigit Dim Sum Crab Carrot kali pertama, terus terasa krup krap krup krap kerangupan lobak merah segar yang digunakan, disertai rasa manis-manis manja gitew isi ayam dan udang segar. (Haii Min terus rasa nak pergi kukus Coastal Dim Sum sekarang)

Khasiat Dan Kebaikan Lobak Merah
Jus lobak merah

Oh ye, Dim Sum Crab Carrot ini boleh didapati didalam pek All Seafood dan Mix Combo. Dim Sum Crab Carrot sangat sesuai untuk anak-anak kerana kandungan lobak yang terkandung didalam dim sum tersebut bagus untuk minda anak-anak.

Khasiat Dan Kebaikan Lobak Merah
Lobak merah yang terdapat dalam dim sum Crab Carrot mampu membekalkan khasiat kepada anak-anak

Sekaligus dapat mengajar mereka untuk belajar memakan sayuran. Jika ingin kelainan, ibu-ibu boleh sediakan dim sum dalam pelbagai variasi. Contohnya seperti tambahkan Dim Sum Crab Carrot kedalam masakan seperti Sup Dim Sum, Pizza Dim Sum, Popia Cheese Dim Sum. Pasti anak-anak pun suka terjebak dengan sayur dalam makanan. 😀

Jadi, nak sihat, nak cantik, amalkan pengambilan sayuran dalam pemakanan setiap hari. Boleh gantikan Coastal Dim Sum dengan sayuran hijau. Selain Dim Sum Crab Carrot, terdapat 7 lagi pilihan perisa memikat yang menanti korang tau! 🙂

Untuk maklumat lanjut boleh terus whatsapp kami 0199800769 / 0199170769. Dan team kami akan hubungi anda. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.