Dim Sum Sesuai Untuk Semua Keraian

Dim Sum Sesuai Untuk Semua Keraian

Dim sum bermaksud ‘Touch Your Heart’. Walaupun dim sum asalnya makanan bangsa Cina, kini dim sum Halal semakin digemari oleh masyarakat Melayu. Coastal Dim Sum merupakan salah satu jenama yang mengedarkan frozen halal dim sum. Semakin hari dim Sum mendapat tempat dihati penggemarnya kerana salah satu faktor seperti dim sum sesuai untuk semua keraian.

Coastal Dim Sum jenama nombor 1 yang membuat penghantaran frozen halal dim sum terus ke tempat anda. Tersedia didalam 3 jenis combo iaitu All Chicken, All Seafood dan Mix Combo.

Dim Sum Sesuai Untuk Semua Keraian
Coastal Dim Sum menyediakan 3 jenis pilihan combo

Dim Sum sesuai dihidang semasa waktu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Boleh dihidang sebagai hidangan utama ataupun sebagai pencuci mulut.

Dim Sum Sesuai Untuk Semua Keraian
Boleh dijadikan sebagai sarapan.

Selain itu, salah satu keistimewaan dim sum adalah boleh dihidang dalam jamuan yang bersesuaian contohnya seperti potluck, majlis hari jadi, jamuan akhir tahun di sekolah, di kenduri-kenduri dan sebagainya.

Sangat sesuai jika korang nak tambahkan pilihan menu seperti dim sum didalam apa-apa acara majlis. Disamping itu dapat pelbagaikan menu kepada para tetamu yang hadir.

Dim Sum Sesuai Untuk Semua Keraian
Mempunyai 8 pilihan perisa.

Jika dihidang dalam majlis hari jadi, boleh gantikan snek dan gula-gula dengan dim sum. Kompem dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemakanan yang menyihatkan. Mereka tertarik kerana rupa dim sum yang menarik, pilihan warna yang ceria serta rasa dim sum yang sangat juicy dan lazat. Dah lah dapat kurangkan amalan makanan ringan, dapat sekali bonus khasiat daripada sayuran segar yang terdapat didalam dim sum.

Dim sum juga seperti nugget tapi versi yang jauh menyihatkan. Kandungan bahan segar premium yang digunakan antaranya adalah isi ayam dan udang segar. Dan sayuran yang digunakan pula adalah seperti lobak merah, cendawan butang, cendawan shiitake, sengkuang, kacang panjang dan banyak lagi.

Dim Sum Sesuai Untuk Semua Keraian
Antara sayuran segar yang digunakan adalah cendawan shiitake

Semua bahan yang digunakan didalam dim sum kami bagus untuk semua peringkat umur. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak.

Mengapa dim sum sesuai untuk semua jenis keraian? Jawapannya adalah kerana cara penyediaan dim sum ni sangat mudah dan tak memerlukan masa yang lama pun. Boleh disediakan dalam masa 10 minit sahaja.

Dim sum dimasak dengan cara kukus. Mengukus dikategorikan sebagai gaya hidup dan satu langkah baik dalam penjagaan makanan. Bagi menjaga dan mengekalkan zat makanan dari berkurang, teknik ini disarankan berbanding merebus atau secara mikrogelombang. Mengukus juga dapat menjimatkan masa dan tenaga, dengan meletakkan pelbagai makanan secara bertingkat. Selain itu, mengukus dapat mengekalkan tekstur makanan.

Dim Sum Sesuai Untuk Semua Keraian
Dapat dikukus dalam kuantiti yang banyak

Jom hidangkan Coastal Dim Sum sebagai menu didalam majlis korang. Selain dapat khasiat yang baik, malah dapat jimatkan masa untuk sediakan hidangan lain.

Untuk maklumat lanjut boleh terus whatsapp kami 0199800769 / 0199170769. Dan team kami akan hubungi anda. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.