Makanan-makanan berproses selalu dikhuatiri cara pembuatannya. Bimbang jika anak-anak terlebih pengambilan perisa, garam dan bahan pengawet. Namun ada juga ibu bapa yang membelikan makanan segera seperti bebola, kentang goreng, nugget di pasaraya untuk anak-anak mereka. Ini kerana faktor kemodenan dan kesibukan bekerja yang menyumbang kepada permasalahan ini. Jadi harini min nak kongsikan beberapa info penting kepada ibu bapa tentang kelebihan dim sum tempura untuk anak-anak.
Ramai yang kurang gemar isi dada ayam yang lebih berdaging. Namun berbeza dengan dim sum yang digemari ramai terutamanya golongan kanak-kanak. Daging ayam juga terkandung didalam ramuan Coastal Dim Sum. Sebab itulah min syorkan dim sum tempura berbanding nugget yang ada di pasaraya. Kenapa?
Haa ini buktinya, antara bahan segar premium yang digunakan didalam Coastal Dim Sum adalah isi ayam dan udang segar. Serta sayuran segar seperti lobak merah, cendawan butang, cendawan shiitake, sengkuang cina, kacang panjang dan sebagainya.
Superfood diatas adalah bahan utama yang terkandung dalam kesemua jenis dim sum kami.
Selalunya dim sum dimasak dengan cara kukus. Dalam resepi sebelum ini min ada kongsikan resepi sup dim sum, mee rebus dim sum, tomyam dim sum, cekodok dim sum, pizza dim sum. Jangan tak tahu pula yang dim sum juga boleh dijadikan bahan gorengan untuk tempura. Bukan nugget saja yang boleh dijadikan tempura, malah dim sum juga boleh.
Dim sum tempura tentulah rasanya lebih sedap daripada nugget sejukbeku yang dibeli di pasaraya. Kini, ibu-ibu boleh hasilkan sendiri kudapan untuk anak-anak dan keluarga. Bukan saja lebih bersih, lebih jimat, malah semestinya dijamin halal. Selain itu, dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Aktiviti seperti memasak bersama dapat mengeratkan silaturahim. Dan yang penting ianya lebih berkhasiat kerana Coastal Dim Sum kaya dengan protein, rendah lemak dan kurang kalori. Mana tak nya, Coastal Dim Sum hanya menggunakan isi ayam tanpa lemak. Ibubapa boleh rujuk pada packaging untuk ketahui tentang info pemakanan.
Teksturnya yang rangup diluar, lembut gebus didalam membuatkannya tetap berjuicy walaupun sudah sejuk. Sebab itulah dim sum tempura sesuai dijadikan sebagai bekal untuk anak-anak ke sekolah. Selain dapat jimatkan wang belanja, dapat mengelakkan mereka daripada membeli makanan luar yang kurang pasti dengan tahap kebersihan dan kualitinya.
Dim sum tempura boleh dihidangkan sebagai makanan harian mereka. Confirm anak-anak tak jemu kerana Coastal Dim Sum mempunyai 8 jenis aneka pilihan perisa. Antaranya :
8 jenis perisa Coastal Dim Sum
1- Chicken
2- Blackppepper
3- Mushroom
4- Button Mushroom
5- Crab Meat
6- Crab Carrot
7- Salted Egg
8- Seafood
Anak anak anda tak suka makan sayuran tetapi suka makanan bergoreng seperti nugget? Boleh bagi je makan Coastal Dim Sum. Dah lah makan dim sum super sedap, dapat pula khasiat daripada ayam, udang dan sayuran yang ada di dalam Coastal Dim Sum.
Untuk resepi Dim Sum Tempura korang boleh lihat pada entry tempoh hari ye. Dah cuba resepi yang min bagi, pasti anak-anak semua request Coastal Dim Sum saja nanti. 😀
Untuk maklumat lanjut boleh terus whatsapp kami 0199800769 / 0199170769. Dan team kami akan hubungi anda. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ