Rahsia Kejayaan Top 5 Stokis 2018

Untuk berjaya di dalam sesuatu bidang, baik dalam perniagaan mahupun kerjaya, kejayaan tidak akan datang tanpa berusaha. Begitu juga dengan bisnes Coastal Dim Sum. Baru-baru ini pihak Hq Coastal Dim Sum mengumumkan Top 5 Stokis 2018. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua stokis yang berjaya tersenarai didalam top 5 tersebut. Di kesempatan itu, Hq Coastal sempat menubual Puan Suaida bagi berkongsikan tips kejayaan beliau di dalam bisnes Coastal Dim Sum. Jom ikuti temubual eksklusif bersama Top 5 Stokis 2018.

Antara Stokis yang berjaya tersenarai didalam TOP 5 2018

Boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri Pn. Suaida?
Nama saya Puan Suaida binti Mohamad. Tinggal di Kerteh, seorang guru, dan merupakan Stokis Coastal Dim Sum Kemaman.

Bila Pn. Suaida mula menyertai Team Coastal?
Saya mula menyertai Team Coastal Dim Sum pada akhir tahun 2017.

Bagaimana puan mengetahui tentang Coastal Dim Sum?
Saya mengetahuinya melalui Facebook. Saya ikuti perkembangan Facebook Puan Nurhafiza yang selalu post mengenai dim sum. Kebetulan saya seorang penggemar dim sum, biasanya jika nak makan dim sum perlu pergi ke hotel, tapi bila sudah kenali dim sum melalui jenama yang Puan Fiza keluarkan, dari situlah saya mula mengenali Coastal Dim Sum.

Apa yang mendorong puan untuk berbisnes Coastal Dim Sum?
Sebenarnya saya tidak terfikir untuk berniaga kerana pada mulanya saya cuma beli untuk makan sendiri sahaja. Tapi disebabkan ramai yang request untuk mencuba Coastal Dim Sum, saya sertai Team Coastal dan menjual dim sum Halal jenama Coastal Dim Sum.

Puan berniaga Coastal Dim Sum secara sepenuh masa atau separuh masa saja?
Saya berbisnes separuh masa kerana saya bekerja.

Bagaimana puan menguruskan masa antara kerjaya dengan bisnes?
Jika waktu bekerja, saya mengajar seperti biasa. Jika ada pesanan daripada agent atau customer saya akan cuba balas mesej mereka pada waktu rehat. Ia juga tidak menganggu waktu saya bersama keluarga kerana saya dapat berbisnes Coastal Dim Sum dirumah.

Puan bermula dengan berapa pek?
Saya bermula 30pek Coastal Dim Sum.

Boleh kami tahu average sales bulanan dim sum Pn. Suaida yang terkini?
Average sales bulanan dim sum melebihi 1000.

Apa pengalaman mencabar yang dihadapi sepanjang berniaga Coastal Dim Sum?
Pengalaman mencabar adalah apabila HQ mengumumkan sesuatu reward, saya perlu fikirkan bagaimana cara untuk saya habiskan kuota dim sum untuk achieved target yang perlu dicapai.

Apa tips-tips ataupun rahsia kejayaan Puan sehingga berjaya mempunyai Kiosk Coastal Dim Sum?
Rahsianya adalah dari dalam diri kita sendiri. Jika orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? Saya cuba sahut cabaran. Cara saya adalah bila saya mahu lakukan sesuatu, saya akan terus buat. Saya tak suka bertangguh ataupun tunggu lama-lama. Jika untung, Alhamdulillah itu adalah rezeki. Jika sebaliknya, kita jadikan ia sebagai pengajaran untuk lebih berjaya kelak.

Apa pula cabaran dalam usaha membuka kiosk Coastal Dim Sum?
Cabaran yang saya hadapi adalah dari segi transport untuk membawa barang ke kiosk dalam kuantiti yang banyak. Selain itu tempat dan pekerja dalam satu-satu masa.

Bagaimana Puan membuat marketing plan?
Marketing plan saya adalah melalui FB Page, personal FB, dan whatsapp.

Top 5 Stokis 2018
Facebook Puan Suaida
Top 5 Stokis 2018
Korang yang nak risik-risik Coastal Dim Sum boleh singgah ke FB Page Pn. Suaida okay 🙂

Adakah bimbingan dan training yang diberikan membantu bisnes Pn. Suaida?
Puan Fiza banyak membantu dari segi class marketing, bagi semangat dan kongsikan tips-tips berniaga kepada saya dan juga kepada team.

 

TOP 5 STOKIS 2018
Contoh Online Class yang diberikan oleh HQ Coastal.


Apa pendapat Puan tentang pengurusan Team Coastal Dim Sum HQ?
Pengurusan Team HQ selalu berikan kerjasama dan sangat membantu.

Apa harapan ataupun sebarang cadangan Pn. Suaida mengenai bisnes Coastal Dim Sum?
Harapan saya adalah semoga Coastal Dim Sum mempunyai kilangnya sendiri. Dan semoga tawaran reward daripada HQ sentiasa ada setiap tahun.

Top 5 Stokis 2018
Antara reward Puan Suaida. Freezer 200L.
Reward Coach Handbag.

Dimana ada kemahuan, disitu ada kejayaan. Berkat usaha gigih Puan Suaida didalam perniagaan Coastal Dim Sum. Kini beliau adalah antara Stokis yang berjaya mempunyai Kiosk Coastal Dim Sum.

Jom jana pendapatan bersama bisnes Coastal Dim Sum. Sertai Team Coastal sekarang dan anda mungkin berpeluang merebut reward sepanjang 2019. Tertakluk terma dan syarat Coastal Dim Sum HQ.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami 0199800769 / 0199170769 dan team kami akan whatsapp anda. Boleh juga lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ .

Leave a Reply

Your email address will not be published.