Tak tahu nak masak apa untuk si comel dan suami? Asyik makan makanan bergoreng saja? Nak cuba menu yang simple tapi menyihatkan? Jom cuba resepi daripada kami. Menu simple sandwich dim sum ni boleh dijadikan sebagai sarapan ataupun menu diet. Sandwich Dim Sum bagus untuk sekeluarga lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak kerana ianya kaya dengan vitamin A, protein, karbohidrat. So selamat mencuba!
Bahan-bahan :
1. Dim Sum
2. Roti keping
3. Cheese keping
4. Telur
5. Kobis
6. Tomato
7. Lobak merah
8. Bawang merah
9. Mayonis
10. Sos cili
Cara penyediaan :
1. Kukus Dim Sum terlebih dahulu selama 10 minit. Setelah masak, potong dadu.
2. Goreng telur dan hancurkan. Buat ala-ala scramble egg tu.
3. Potong sayur dalam saiz kecil.
4. Aturkan semua bahan ke atas roti mengikut citarasa masing-masing. (min suka letak banyak-banyak)
5. Tambahkan mayonis dan sos cili.
6. Sandwich telah pun siap untuk dihidang.
Jika ada sebarang cadangan tentang menu dim sum, korang boleh cadangkan kepada kami melalui Page Coastal Dim Sum HQ ataupun whatsapp 0199800769 / 0199170769.