Sup Sayur Dim Sum

Berbagai menu boleh diolah dengan dim sum. Selain dimasak dengan cara kukus dan goreng, dim sum juga boleh dibuat sup. Video sebelum ni min ada kongsikan menu simple seperti sandwich dim sum. Harini min nak ajak korang cuba menu sihat yang lain pula, iaitu resepi Sup Sayur Dim Sum.

Sup sayur ni sesuai untuk seisi keluarga. Bukan saja untuk dewasa, malah kanak-kanak juga boleh nikmatinya. Kelebihan sup sayur dim sum ni adalah korang boleh gantikan bahan basah yang biasa kita gunakan dalam sup tu dengan dim sum sebab dalam Coastal Dim Sum pun dah terdapat isi ayam dan udang segar. Jadi dah tak perlu guna bahan yang mahal-mahal pun.

Oh ye, dalam video kali ni min gunakan Set All Seafood. Korang nak gunakan set All Chicken dan Mix Combo pun boleh.

Bahan-bahan yang kita perlukan adalah :
1. Dim Sum
2. Bawang putih
3. Bawang holland
4. Tomato
5. Sayur sawi
6. Kubis
7. Lobak merah
9. Cili merah
10. Fish ball
11. Fish cake
12. Gula dan garam
13. Air 

Cara Penyediaan
1. Tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
3. Masukkan sayuran seperti sawi, kobis, lobak merah, dan cili merah. Kacau seketika.
4. Seterusnya masukkan fish ball dan fish cake yang telah dipotong dua. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
5. Bila dah agak sayurannya dah empuk, kita masukkan tomato yang telah dipotong dan biarkan seketika. Boleh potong tomato mengikut citarasa masing-masing.
6. Akhir sekali masukkan Dim Sum. Dan siap untuk dihidang! 🙂
*Tak perlu lama-lama sebab dim sum kita dah separuh masak sebenarnya.

Jika ada sebarang cadangan tentang menu dim sum, korang boleh tinggalkan di ruangan komen dibawah, juga boleh visit Page kami Coastal Dim Sum HQ ataupun whatsapp 0199800769 / 0199170769.

Leave a Reply

Your email address will not be published.