Resepi Pizza Dim Sum Homemade

Disebabkan salah satu hobi min adalah memasak (ececeh betul ke idok min ni 😀 ), harini min nak share resepi Pizza Dim Sum homemade. Apa yang best bila buat pizza homemade ni adalah bab toppingnya boleh letak banyak sesuka hati kita. Silap silap lagi sodap dari pizza yang femes tu. Ok jom kita start..

Pizza dim sum ni bahannya mudah dan mampu milik je tau. Untuk doh pizza, min tak sempat buat sebab sibuk kemas rumah, jadi min gunakan yang dah siap dicanai ye. Di supermarket banyak jual doh pizza.

Untuk bahan utama topping min gunakan Coastal Dim Sum set All Chicken. Keistimewaanya adalah tak perlu tambah mushroom dan isi ayam tau sebab didalam All Chicken ada dim sum perisa Chicken, Blackpepper, Button Mushroom dan Shiitake Mushroom.

Resepi Pizza Dim Sum Homemade
Coastal Dim Sum set All Chicken

Sos pula min gunakan pes tomato. Jika takde pes tomato, boleh gunakan sos tomato.

Resepi Pizza Dim Sum Homemade

Selain tu macam biasalah kita gunakan bawang mat salleh yang sesat kat Malaysia iaitu bawang Holland, lada benggala, sosej, nanas dan cheese. Semua bahan ni korang boleh potong mengikut kreativiti masing masing.

Resepi Pizza Dim Sum Homemade
Bawang holland, lada benggala dan sosej yang telah dipotong.
Resepi Pizza Dim Sum Homemade
Boleh potong nanas mengikut citarasa.
Resepi Pizza Dim Sum Homemade
Cheese yang telah diparut.

Dah siap sediakan semua bahan yang diperlukan, kita sapukan pes tomato pada doh dan hiaskan topping pizza seperti yang diinginkan. Akhir sekali taburkan cheese.

Resepi Pizza Dim Sum Homemade
Pizza Dim Sum siap untuk dibakar!

Kebiasaannya orang gunakan mozarella cheese, tapi dalam peti min cuma ada cheddar cheese saja. Ok takpe walaupun tak bergetah macam iklan dalam tv tu, rasa pizza dim sum ni memang win. Ahaks

Resepi Pizza Dim Sum Homemade
Pizza Dim Sum is done!

*p/s : Jangan pelik kenapa pizza min leper ye. Sebab ada pilihan doh yang ni je. Nampak je leper tapi rasa dia sedap memang tak boleh bawak bincang. Yummeh!

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail tentang bahan dan cara buat Pizza Dim Sum Homemade, korang boleh tonton video dibawah ye..

Jika ada sebarang cadangan tentang menu dim sum, boleh tinggalkan di ruangan komen dibawah, juga boleh visit Page kami Coastal Dim Sum HQ ataupun whatsapp 0199800769 / 0199170769.

Leave a Reply

Your email address will not be published.