Persediaan Marathon Bisnes Menjelang Ramadhan

Persediaan Marathon Bisnes Menjelang Ramadhan

Bulan Ramadhan bakal menjelma. Bulan Ramadhan adalah lubuk rezeki terutamanya buat para peniaga makanan. Ada juga yang mencuba berniaga secara part time menjelang puasa kan. Namun ada yang belum membuat persediaan, takkan nak main redah saja kan? Silap silap ditipu tipah tertipu pula. Okey entry kali ni min kongsikan secubit tips tapi padat mengenai persediaan marathon bisnes menjelang Ramadhan.

Selain untuk mengumpul saham akhirat, bulan Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk mencari pendapatan lebih kerana jika diperhatikan, suasana pada bulan ini (Ramadhan) ternyata berbeza berbanding bulan-bulan lain di mana para peniaga akan berlumba-lumba untuk menggandakan usaha mereka bagi melariskan jualan.

Tak hairanlah jika menghampiri bulan Ramadhan, banyak iklan kurma dan promosi sempena bulan puasa mula rancak terpapar di televisyen, akhbar akhbar serta berkumandang di corong corong radio. Tetapi semua maklum kos untuk membuat iklan di televisyen memakan belanja yang agak besar. Namun jangan risau, min ada alternatif lain yang boleh mengikut bajet anda.

1) Sediakan bunting atau banner

Persediaan Marathon Bisnes Menjelang Ramadhan
Contoh bunting Coastal Dim Sum yang digunakan

Selain daripada kosnya yang rendah, ianya sangat membantu peniaga peniaga melariskan jualan. Gunakan point point yang penting dan ringkas serta gambar yang menarik, itu sudah dapat menarik pelanggan untuk membeli produk kita seperti contoh bunting diatas. Yang penting letakkan nombor telefon, nanti iklan dah cantik tapi kastemer tak dapat contact pula. Kata orang nogori ‘melopeh, tak dapet eden nak nolongnya’. Hehe

2) Media sosial

Persediaan Marathon Bisnes Menjelang Ramadhan
Media sosial menjadi pilihan utama bagi peniaga yang menjual secara atas talian (online)

Strategi ini adalah bonus kepada anda. Kenapa? Sebab ia adalah percuma. Yang penting wajib ada data internet 😀 . Sekarang serba canggih. Semuanya dihujung jari je. Boleh iklankan bisnes ataupun produk di platform platform seperti Facebook (FB live, FB Ads), Instagram, Group Whatsapp dan sebagainya yang berkaitan.

3) Kenalpasti lubuk pelanggan
i) Bazar Ramadhan

Persediaan Marathon Bisnes Menjelang Ramadhan
Berniaga di Bazar Ramadan

Survey dan kenalpasti dimana lubuk pelanggan untuk jualan di bulan Ramadhan. Tak semua tempat adalah sesuai. Jika di bulan Ramadhan, tempat yang paling menjadi pilihan dan tumpuan ramai semestinya adalah di Bazar Ramadan. Kebiasaannya pemohonan tapak bazar perlu dibuat 1-2 bulan sebelum bermulanya bulan ramadan. Kalau lambat memang susahlah nak dapat tapak yang depan. Di hujung hujung lah gayanya.

ii) Penghantaran makanan

Persediaan Marathon Bisnes Menjelang Ramadhan
Servis penghantaran makanan

Mungkin ada yang tak sempat masak ataupun tiada masa untuk ke bazar Ramadan. Ini adalah peluang keemasan untuk anda membuat bisnes makanan termasuk servis penghantaran makanan dari rumah ke rumah. Anda hanya tunggu sahaja pesanan daripada pelanggan dan tetapkan waktu anda mula membuat penghantaran supaya waktu lebih efisien.

Ketahui tips persediaan marathon bisnes menjelang Ramadhan bersama Puan Fiza. Semoga ianya dapat membantu anda dalam membuat persediaan berniaga sepanjang Ramadhan nanti.

Kesimpulannya, jadikanlah bulan Ramadhan sebagai platform untuk melipatgandakan amal ibadat. Sesungguhnya, amalan perniagaan yang bersandarkan Islam menjadikan sistem dan amalan perniagaan itu lebih sistematik dan beretika.

Daftar agent sekarang dan anda mungkin berpeluang merebut reward sepanjang 2019. Tertakluk terma dan syarat Coastal Dim Sum HQ.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami 0199800769 / 0199170769 dan team kami akan whatsapp anda. Boleh juga lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *