Tips Elakkan Pembaziran Di Bulan Ramadhan

Tips Elakkan Pembaziran Di Bulan Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia. Ramadhan bulan yang penuh berkah. Apabila tiba bulan Ramadhan, antara masalah yang selalu dihadapi oleh masyarakat kita pada bulan yang mulia ini adalah pembaziran. Hari ini min akan berkongsi tips elakkan pembaziran di bulan Ramadhan.

Benda boleh jimat, buat apa nak bazirkan. Jom ikuti tips untuk elakkan daripada pembaziran.

1 – Rancang pembelian
Rancang apa yang hendak dibeli. Min suka senaraikan dahulu menu ataupun apa juadah yang min suka tapi dengan syarat beberapa pilihan sahaja.

Tips Elakkan Pembaziran Di Bulan Ramadhan
Senaraikan dahulu makanan yang hendak dibeli

2 – Elakkan terpengaruh dengan tawaran penjual

Tips elakkan pembaziran di bulan Ramadhan
Di bazar banyak pilihan makanan yang dijual. Ramai penjual yang tawarkan tawaran yang murah.

Anda perlu membuat keputusan bijak. Setkan ke dalam minda kita, membeli mengikut keperluan dan bukan membeli untuk dapatkan harga purata yang rendah. Mengapa perlu berkira jika perlu bayar mahal untuk kuantiti yang sedikit. Asalkan tidak membazir.

3 – Tetapkan bajet

Tips Elakkan Pembaziran Di Bulan Ramadhan
Kira bajet yang perlu diperuntukan sebelum berbelanja di bazar.

Mungkin kedengaran agak kedekut sedikit. Namun ia dapat membantu anda daripada terjerumus untuk berbelanja secara berlebihan. Ini kerana urusniaga di bazar Ramadhan adalah secara tunai.

4 – Bertukar tukar juadah

Tips Elakkan Pembaziran Di Bulan Ramadhan
Amalan bertukar juadah dapat mengeratkan silaturahim.

Amalan saling bertukar juadah ni sudah lama kita praktikkan sebenarnya. Tak perlu tunggu bulan Ramadhan pun kita boleh amalkan. Amalan ini dapat mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga. Contohnya pada hujung minggu, rancang bersama teman teman untuk berbuka bersama. Masing masing bawa juadah yang telah dimasak dirumah. Jimatkan?

5- Masak sendiri dirumah

Tips Elakkan Pembaziran Di Bulan Ramadhan
Memasak sendiri juadah yang dimahukan.

Tips ini untuk mereka yang mahu berbuka dirumah. Kelebihannya dapat masak sendiri juadah yang kita suka. Dah tak perlu beli air dan makanan yang sedang viral di bazar, serta aneka kuih muih yang sememangnya sangat memikat selera kita yang sedang berpuasa ni. Min suka tips ni sebab kebersihan makanan pun terjamin.

Oh ye, ramai yang bilang pada min jika masak dirumah perlu spend masa didapur pula. Memang itu lumrahnya adik, kakak. Tapi dengan masakanlah kita dapat pikat selera suami tau 😀

Di bulan Ramadhan ni min suka simpan stok Coastal Dim Sum banyak banyak. Lebih lebih lagi kepada supermom yang sibuk, tak sempat masak juadah berbuka. Dengan adanya Coastal Dim Sum semuanya menjadi mudah. Nak dimakan dengan cara kukus pun boleh. Bukan itu saja, boleh dimasak dengan pelbagai variasi menu.

Antara keistimewaan Coastal Dim Sum adalah dalam 1pek terdapat 4 perisa berbeza. Jadi tak perlu beli dalam kuantiti yang banyak untuk dapatkan perisa yang berlainan. Sangat berbaloi kan?

Berikut antara menu yang berkaitan dengan Coastal Dim Sum. Untuk Resepi Coastal Dim Sum boleh visit Youtube channel kami.

Tips Elakkan Pembaziran Di Bulan Ramadhan
Nasi goreng dim sum simple.
Tips elakkan pembaziran di bulan Ramadhan
Sup sayur dim sum yang gerenti anak anak pun suka.
Tips elakkan pembaziran di bulan Ramadhan
Dim Sum Tempura Crispy

Senang kan bila ada Coastal Dim Sum. Si pipi merah min pun suka makan makanan yang dimasak bersama Coastal Dim Sum ni. Mudah dan menyelerakan. Yang penting Halal dan berkhasiat.

Nasihat min, selepas ni usah beli makanan banyak banyak sampai membazir tiada siapa nak makan. Justeru, Ramadan ini harus direbut untuk mendidik jiwa agar dijauhkan daripada segala bentuk pembaziran yang merugikan.

Selamat berpuasa semua!

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami 0199800769 / 0199170769 dan team kami akan whatsapp anda. Boleh juga lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *