Tips Balik Kampung Bersama Coastal Dim Sum

Tips Balik Kampung Bersama Coastal Dim Sum

Cuti sekolah dah dekat, pasti ada yang plan nak balik beraya di kampung awal kan? Tapi sebelum tu pastikan semua persediaan sebelum, semasa dan selepas perjalanan balik kampung lengkap ye. Bagi yang nak balik beraya ini antara tips balik kampung bersama Coastal Dim Sum.

Tips balik kampung beraya
1) Berhenti memandu jika mengantuk

Tips Balik Kampung Bersama Coastal Dim Sum
Berhenti di tempat yang selamat untuk berehat atau tidur sebentar

Pandulah dengan cermat sewaktu pulang beraya di kampung. Jika mengantuk, berhenti di tempat yang selamat seperti di hentian rehat dan rawat (RNR). Dapatkan rehat yang cukup pada malam sebelumnya dan amalkan sikap toleransi antara satu sama lain. Bawa bergilir-gilir apabila perjalanan itu jauh.

2) Sentiasa peka dengan keadaan jalan dan perubahan cuaca

Tips Balik Kampung Bersama Coastal Dim Sum
Sentiasa berhati hati dengan keadaan jalan

Pastikan kenderaan diselenggara sebelum merancang perjalanan. Sentiasa peka dengan perubahan cuaca terutamanya waktu hujan lebat dan kawasan angin lintang. Selain itu, perlu awasi juga keadaan jalanraya yang tak menentu seperti jalan licin, jalan berlubang dan sebagainya. Anda dinasihatkan tidak mengambil risiko untuk meneruskan perjalanan ketika cuaca buruk.

3) Rancang perjalanan anda

Tips Balik Kampung Bersama Coastal Dim Sum
Rancang trip perjalanan anda

Rancang terlebih dahulu perjalanan. Elakkan memandu pada waktu puncak. Keluar awal bagi mengelakkan kesesakan. Pilih waktu yang sesuai, elakkan perjalanan pada hujung minggu. Jika anda tersangkut dalam kesesakan jalanraya, bertimbang rasa dan banyakkan bersabar. Cuba gunakan jalan alternatif lain.

4) Pek snek ringan

Tips Balik Kampung Bersama Coastal Dim Sum
Setiap 1 pek Coastal Dim Sum mengandungi 4 pilihan perisa berbeza. Juga sesuai untuk si comel.

Untuk tempoh perjalanan yang lama, pastikan anda membawa bekalan makanan yang mencukupi. Sediakan snek yang dapat bertahan sehingga empat ke lima jam seperti snek Coastal Dim Sum kerana ianya mudah dan cepat untuk disediakan. Walaupun jalan sesak, ramai yang berpusu pusu untuk pulang beraya di kampung, anda masih boleh menikmati Coastal Dim Sum. Hanya kukus dan susun dalam bekas siap siap, sertakan sekali bersama sos dim sum. Bila lapar cuma cicah dan ngapp saja. Tersangatlah simple Coastal Dim Sum ni kan. Mudah dan kenyang.

Kami di Coastal Dim Sum Hq mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Berhati-hati dijalanraya, pandulah dengan berhemah.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami 0199800769 / 0199170769 dan team kami akan whatsapp anda. Boleh juga lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.