Persiapan Aidilfitri Bersama Coastal Dim Sum

Cuti sekolah dah mula. Raya pun dah dekat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. Mesti semua tengah sibuk membuat persiapan raya kan terutama bagi kaum ibu. Tak kurang juga mesti ada yang jenis ‘last minute’. Dalam kita membuat persiapan hari raya, biarlah ianya secara bersederhana sahaja betul tak? Harini min ada tips persiapan Aidilfitri bersama Coastal Dim Sum.

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah. Lagu lagu raya juga akan diputarkan di radio. Rancangan rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.

Jom ikuti tips Persiapan Aidilfitri

1) Sediakan bajet
Sama seperti rutin bulanan, sediakan juga bajet untuk perbelanjaan Hari Raya. Tambahkan sedikit peruntukan untuk perbelanjaan yang tidak dijangka seperti duit petrol untuk pulang ke kampung semasa di hari raya. Bajet perlulah realistik dan berbelanjalah mengikut bajet. Paling penting, pastikan perbelanjaan sepanjang Ramadan (buka puasa, juadah di bazar) dikawal dengan baik.

Persiapan Aidilfitri Bersama Coastal Dim Sum
Sediakan bajet untuk peruntukan hari raya nanti.

2) Senaraikan barang
Sebelum melangkah masuk ke shopping mall, buat checklist barang yang hendak dibeli. Checklist tu pun biarlah realistik juga. Checklist ini akan membantu kita untuk mengawal nafsu membeli. Pastikan yang mana keperluan dan yang mana ‘kehendak’. Dengan segala bagai SALE dan diskaun kaw-kaw, kita lebih cenderung membeli mengikut nafsu. Paling penting, pastikan senarai barang yang diperlukan adalah dalam kemampuan kita dan mengikut bajet yang telah disediakan terlebih awal.

Persiapan Aidilfitri Bersama Coastal Dim Sum
Senaraikan dari awal barang yang diperlukan. Berbelanja biarlah berpada pada.

3) Jadi pembeli yang bijak
Jangan mudah terpedaya dengan ‘tawaran’ yang kononnya hebat. Seorang pembeli bijak akan memeriksa terlebih dahulu barangan yang diperlukan untuk 2,3 kedai. Selain itu juga boleh membuat perbandingan harga melalui internet. Paling penting, membeli barangan dengan harga murah bukan bermakna boleh berbelanja melebihi bajet! Ingat tu 🙂

Persiapan Aidilfitri Bersama Coastal Dim Sum
Jadi pembeli bijak. Beli barang yang perlu sahaja.

4) Rancang perjalanan balik kampung
Rancang terlebih dahulu perjalanan. Elakkan memandu pada waktu puncak. Keluar awal bagi mengelakkan kesesakan. Pilih waktu yang sesuai, elakkan perjalanan pada hujung minggu. Jika anda tersangkut dalam kesesakan jalanraya, bertimbang rasa dan banyakkan bersabar. Cuba gunakan jalan alternatif lain.

Persiapan Aidilfitri Bersama Coastal Dim Sum
Rancang perjalanan terlebih dahulu.

5) Makan minum dalam perjalanan
Bila dah buat
roadtrip, mustahil lah tak beli air dengan gula-gula atau jajan (kecuali bulan puasa). Bawa bekalan makanan yang mencukupi. Sediakan snek yang dapat bertahan sehingga empat ke lima jam seperti snek Coastal Dim Sum . Dalam perjalanan balik tu jugak, nampak pula orang bakar lemang. Tak kan nak tengok saja kan? Kenalah beli sebatang dua untuk keluarga di kampung.

Persiapan Aidilfitri Bersama Coastal Dim Sum
Coastal Dim Sum sesuai untuk semua jenis keraian. Nak bawa travel pun boleh.

Kami di Coastal Dim Sum Hq mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat. Berhati-hati dijalanraya, pandulah dengan berhemah.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami 0199800769 / 0199170769 dan team kami akan whatsapp anda. Boleh juga lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.