Resepi Ringkas Murtabak Maggi Bersama Dim Sum

Resepi Ringkas Murtabak Maggi Bersama Dim Sum

Murtabak adalah salah satu menu paling femes bila tiba Ramadhan kan? Tak kiralah murtabak legend mahupun murtabak maggi. Bila habis bulan Ramadhan jarang jaranglah dapat jumpa menu murtabak. Jadi harini min nak kongsikan resepi ringkas murtabak maggi bersama dim sum. Nak buat yang macam di bazar tu tapi tak berapa arif sangat. Silap silap adunan rempah, boleh jadi murtabak berempah pula 😛 Menu ni kalau korang nak hidangkan untuk menu minum petang pun boleh. Makan sekali bersama dim sum. Anak anak pasti suka!

Bahan bahan yang min gunakan :

  • Dim Sum
  • Maggi kari
  • Isi ayam
  • Telur 2 biji (gred A)
  • Lobak merah
  • Cili merah
  • Bawang holland
  • Daun sup

Cara cara masak :
1 – Kukus dim sum selama 5 minit untuk dimakan bersama murtabak.
2 – Celurkan maggi (celur sekejap sahaja jangan sampai kembang sejambak 🙂 )
3 – Sementara itu satukan telur dan perencah kari didalam mangkuk berlainan dan kacau sebati.
4 – Toskan maggi dan masukkan ke dalam mangkuk.
5 – Seterusnya masukkan isi ayam, lobak merah, daun sup, bawang holland dan cili merah yang telah dihiris. Akhir sekali masukkan telur yang dibancuh bersama perencah tadi.
6 – Gaul sehingga rata.
7 – Panaskan kuali, tuangkan sedikit minyak. Bila dah panas masukkan bahan bahan yang digaul tadi ke dalam kuali.
8 – Goreng hingga masak.
9 – Dah masak boleh hidang bersama dim sum!

Resepi Ringkas Murtabak Maggi Bersama Dim Sum
Untuk murtabak maggi bersama dim sum ni min gunakan dim sum set Mix Combo.

Murtabak maggi bersama dim sum is done! Makan panas panas baru sedap. Cicah pula bersama sos pedas dim sum. Umph lazat tak terkata! 😀

Untuk lihat cara penyediaan resepi ringkas murtabak maggi bersama dim sum, boleh tonton di Youtube channel kami. Jangan lupa tulis resepi tau. Selamat mencuba!

Jika ada sebarang cadangan tentang menu dim sum, boleh tinggalkan di ruangan komen dibawah, juga boleh visit Page kami Coastal Dim Sum HQ ataupun whatsapp 0199800769 / 0199170769.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *