Tips Pengurusan Wang Bisnes

Tips Pengurusan Wang Bisnes

Kebanyakan usahawan kecil menganggap pengurusan kewangan perniagaan tidaklah penting, kerana selagi ada duit hendak pusing modal, ada untung sedikit sudah cukup bagi mereka. Pemikiran ini perlu diperbetulkan. Tidak mengapa jika seseorang peniaga tidak tahu tentang ilmu akaunting. Cukup sekadar anda belajar, faham dan patuh pada undang-undang yang ditetapkan. Yang perlu anda tahu adalah tips pengurusan wang bisnes dan kawal duit dengan betul.

Dalam perniagaan, pengurusan wang keluar-masuk adalah satu disiplin yang perlu diikuti untuk memastikan perniagaan berdaya maju dan terus kekal. Antara perkara penting yang perlu ada :

Tips Pengurusan Wang Bisnes1 – Buka Akaun Bank Syarikat
Walaupun berniaga secara kecil-kecilan, wajib mengasingkan duit peribadi daripada duit perniagaan dengan cara membuka akaun bank syarikat. Setiap duit hasil perniagaan mestilah dimasukkan kedalam akaun tersebut, begitu juga dengan pembelian.

Tips Pengurusan Wang Bisnes2 – Rekod dan Simpan Setiap Transaksi
Penyata bulanan bank adalah dokumen terpenting dalam perniagaan. Dengan penyata ini,  boleh dilihat kemampuan kewangan perniagaan anda.

Bagi mereka yang hendak memohon kemudahan kewangan. Penyata ini adalah dokumen pertama yang akan disemak untuk menentukan samada syarikat anda layak atau tidak. Dengan menggunakan perbankan internet, ia boleh di akses dan disimpan dalam komputer atau telefon bimbit.

Tips Pengurusan Wang Bisnes3 – Rekod Kos Belian
Kos belian adalah kos yang digunakan untuk membeli barang barang yang akan dijual. Rekodkan kesemua kos tersebut dengan lengkap. Contohnya seperti tarikh, item, kuantiti, harga, nama pembekal dan sebagainya. Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang dibuat.

Tips Pengurusan Wang Bisnes4 – Rekod Duit Jualan
Duit jualan adalah duit yang diterima daripada pelanggan. Rekodkan setiap transaksi jualan, sama seperti belian. Bagi setiap jualan, perlu direkodkan dengan maklumat seperti berikut :
– Tarikh
– Item
– Kuantiti
– Harga
– Diskaun yang diberikan (jika ada)
– Nama Pembeli
Pastikan setiap transaksi yang diterima direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran. Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank.

Tips Pengurusan Wang Bisnes5 – Rekod Kos Perbelanjaan
Kos perbelanjaan ialah duit yang dibelanjakan untuk tujuan selain daripada Kos Belian iaitu seperti :
– Pengangkutan
– Penghantaran
– Printing
– Bil utiliti seperti elektrik, air dan telefon

– Sewa pejabat atau kedai
– Gaji pekerja
– Kos marketing
– Packaging dan sebagainya.
**Take note : Gunakan online-banking untuk membayar bil, gaji pekerja dan pembekal supaya transaksi ini mudah dikesan semula dikemudian hari.

Tips Pengurusan Wang Bisnes6 – Sediakan Petty Cash
Duit tunai atau petty cash adalah duit yang dikeluarkan dari bank dan disimpan untuk tujuan kecemasan. Ia perlu ditetapkan jumlahnya bagi kegunaan dalam tempoh sebulan. Jumlah yang disimpan perlulah bersesuaian dengan operasi syarikat dan tidak besar jumlahnya.

Dengan menyimpan rekod perniagaan secara konsisten, kita dapat mengkaji untung rugi perniagaan dan memudahkan kita mengembangkan perniagaan di masa hadapan.

Jom jana pendapatan bersama bisnes Coastal Dim Sum. Sertai Team Coastal sekarang dan anda berpeluang merebut reward sepanjang 2019. Tertakluk terma dan syarat Coastal Dim Sum HQ.

Untuk maklumat lanjut boleh terus whatsapp kami 0199800769 / 0199170769. Dan team kami akan hubungi anda. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.