Halal, Sedap, Berbaloi Bersama Coastal Dim Sum

Halal, Sedap, Berbaloi Bersama Coastal Dim Sum

Dim sum bermaksud hidangan hidangan kecil, sering dimakan sambil meminum teh ataupun dikenali sebagai yum cha. Sekarang banyak restoran yang menyediakan juadah dim sum Halal tetapi kita ketandusan pilihan dim sum Halal yang dijamin kualitinya. Namun berbeza dengan Coastal Dim Sum. Anda pasti berpuas hati dan yakin dengan status Halal, sedap, berbaloi bersama Coastal Dim Sum.

Dijamin Halal
– Menjual produk makanan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Banyak standard dan akta yang perlu dipatuhi sebelum memproses dan memasarkan sesuatu produk. Bukan senang untuk mendapat pengiktirafan jika sesebuah pengeluar produk tidak mematuhi aspek yang ditetapkan.

Alhamdulillah Coastal Dim Sum menepati standard piawaian yang ditetapkan dan diiktiraf Halal oleh JAKIM, serta mendapat pensijilan daripada GMP dan MeSTI. Jadi anda dah tak perlu was was untuk memilih Coastal Dim Sum sebagai menu harian anda.

Halal, Sedap, Berbaloi Bersama Coastal Dim Sum
Pengiktirafan dan pensijilan Halal JAKIM, GMP, MeSTI tertera di packaging Coastal Dim Sum.

Dijamin Sedap
– Menjamu selera di restoran tidak sama seperti di rumah. Sekali sekala mahu juga mencari makanan yang sedap, simple, berpatutan dan nikmati di rumah bersama keluarga. Jangan risau Coastal Dim Sum dijamin sedap dan hanya menggunakan ramuan segar yang sebenar sahaja. Antaranya isi ayam dan udang segar, serta sayuran yang terpilih.

– Kanak kanak sangat menggemari dim sum kerana rupa dim sum yang menarik, pilihan warna yang ceria serta rasa dim sum yang sangat juicy dan lazat. Dah lah dapat kurangkan amalan makanan ringan, dapat sekali bonus khasiat daripada sayuran segar yang terdapat di dalam dim sum.

Halal, Sedap, Berbaloi Bersama Coastal Dim Sum
Gantikan makanan ringan kepada dim sum.

Halal, Sedap, Berbaloi Bersama Coastal Dim Sum
“Dapat nikmati sepinggan dim sum panas sememangnya sangat mengujakan. Ditambah pula dengan lelehan sos pedas dan manis diatas dim sum. Umph sangat menyelerakan!”

Dijamin Berbaloi
– Coastal Dim Sum menyediakan 8 jenis perisa. Setiap satu pek mempunyai 4 jenis perisa berbeza. Jadi dah tak perlu beli perisa yang sama dalam kuantiti yang banyak sebab dalam satu pek sudah ada pelbagai perisa berlainan.
– Jika anda ingin menikmati dim sum mewah bersama keluarga mahupun bersama rakan rakan, Coastal Dim Sum adalah pilihan yang tepat! Kerana harga berbaloi setanding kualitinya yang premium.

Halal, Sedap, Berbaloi Bersama Coastal Dim Sum
8 pilihan perisa dim sum.

Usah lagi bersusah-payah berbelanja mahal di luar. Tak perlu lagi ke hotel, restoran untuk menikmati makanan mewah. Dengan Coastal Dim Sum anda hanya perlu koyak, kukus, dan nikmati sahaja di rumah sambil menonton drama kegemaran semua.

Untuk maklumat lanjut boleh terus whatsapp kami 0199800769 / 0199170769. Dan team kami akan hubungi anda. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.