Tips Ketika Hadapi Jerebu

Tips Ketika Hadapi Jerebu

Sejak beberapa hari lalu bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kebanyakan negeri mencecah kualiti udara yang tidak sihat. Punca-punca utama berlakunya jerebu adalah pembakaran secara terbuka, asap dari kilang, serta asap dari kenderaan.

Jerebu boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit terutama yang berkaitan dengan sistem pernafasan serta paru-paru. Ia sangat berbahaya jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Indeks kualiti udara digunakan untuk menunjukkan jumlah bahan pencemar di udara sepanjang tempoh tertentu. Sentiasa peka dengan bacaan indeks pencemaran udara.

Tips ketika hadapi jerebu
Indeks Pencemaran Udara

Ketahui tips yang betul untuk menjaga kesihatan ketika jerebu :

Tips ketika hadapi jerebu

1. Pakai penutup muka
Tutup bahagian mulut dan hidung anda menggunakan penutup muka yang sesuai seperti surgical mask  atau N95 mask. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penggunaan penutup muka N95 berbanding topeng surgical mask  kerana penutup muka N95 yang berkualiti tinggi boleh menapis partikel-partikel halus yang terapung di udara, sekaligus melindungi anda dari terkena bahaya asap jerebu. Pastikan anda memakai topeng tersebut dengan cara yang betul.

2. Banyakkan minum air 
Minum banyak air kosong akan membantu menyingkirkan toksin di buah pinggang yang diserap oleh kulit dan paru-paru. Cuba minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Kurangkan pengambilan minuman berkafein yang akan menggalakkan kehilangan cecair daripada badan.

3. Kerap cuci tangan dan muka 
Walaupun kita mengelak untuk terdedah dengan asap jerebu, namun kulit kita masih akan menyerapnya. Jadi cuci tangan dan muka anda sekerap yang mungkin dengan air bersih dan sabun selepas lakukan aktiviti luar.

4. Ketika memandu kenderaan
Apabila memandu gunakan pendingin hawa dengan memilih mode kitaran udara dalaman.

5. Kurangkan aktiviti luar
Kurangkan melakukan aktiviti luar. Sebaiknya duduk di rumah dan pastikan pintu dan tingkap tertutup untuk mengelakkan udara tidak sihat masuk ke dalam rumah. Lakukan aktiviti di rumah sahaja. Contohnya kukus dim sum dan makan bersama ahli keluarga sambil menonton movie bersama.

Kita juga disarankan untuk mengambil makanan yang segar dan bersih bagi mengelakkan tubuh daripada terkena jangkitan penyakit yang berpunca daripada jerebu. Dengan adanya Coastal Dim Sum, anda sekeluarga boleh mencegahnya kerana Coastal Dim Sum kaya dengan protein, vitamin dan juga serat sayuran. Ia juga didatangkan khas dengan packaging yang dijamin selamat dan bersih.

6. Dapatkan rawatan lanjut
Jika anda mengalami simptom seperti sesak nafas, sakit dada, mata berair, sakit tekak, lelah dan asma atau gatal-gatal anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk.

Berminat untuk tempahan Coastal Dim Sum?

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ .

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.