Panduan Cara Membuka Kiosk

Panduan Cara Membuka Kiosk

Sekarang ramai yang berkecimpung dalam dunia bisnes makanan. Ada yang berniaga secara full time, ada juga yang sekadar menambah pendapatan.

Pada zaman yang serba nak cepat ni, makanan sejuk beku menjadi pilihan bagi mereka yang bekerjaya. Maka sebab itulah semakin hari semakin ramai yang menceburi dunia perniagaan makanan. Ada yang menceburi perniagaan restoran, cafe, dan kiosk. Perniagaan sebegini banyak berkembang terutama sekali di kawasan bandar.

Terdapat beberapa jenis kiosk yang menyediakan menu hidangan berat seperti dim sum, burger dan kebab, atau beraneka makanan ringan dan pastry seperti cupcake, croissant, aiskrim, kopi dan teh. Kiosk jenis ini banyak dibuka di pusat membeli-belah, tempat hiburan besar atau tempat tempat strategik yang ramai pengunjung.

Beberapa Perkara Yang Harus Lakukan Sebelum Membuka Kiosk

1. Modal – Masalah yang sering dihadapi bagi mereka yang mahu berniaga adalah modal. Jangan sangka modal besar itu adalah bagus, itu semua belum pasti lagi. Untuk berniaga produk makanan ni khususnya makanan sejukbeku, modal untuk menyediakan peralatan sangat penting. Contohnya freezer, alatan mengukus dan stok jualan.

2. Lokasi – Lokasi perniagaan anda akan menentukan kejayaannya seperti juga dengan menu. Oleh itu, anda mungkin ingin menyelidik lokasi yang sesuai seperti di dalam shopping mall, medan selera, di pusat rekreasi, kawasan pejabat , hospital, kilang atau kampus adalah lokasi perniagaan yang strategik. Faktor lain yang dapat menentukan kedudukan kiosk anda ialah trafik yang tinggi, akses mudah, dan dapat dilihat dengan baik, dan sasaran pasaran perniagaan anda serta pesaing yang ada berdekatan.

3. Kehendak pasaran – Amat penting bagi anda untuk membuat kajian kehendak pasaran tentang produk yang hendak dijual terlebih dahulu untuk mengetahui “market demand” berbanding menggunakan perasaan atau tindakan yang syok sendiri.

4. Konsep – Setelah dah tahu bisnes dan produk apa yang mahu dijual, tentukan konsep kiosk anda sebelum anda melancarkannya. Pada dasarnya, konsep juga merangkumi menu, pulangan modal, sumber bantuan kewangan, keuntungan yang diharapkan, serta pelan pemasaran.

5. Lesen perniagaan – Untuk membuka kiosk, mahupun apa apa jenis perniagaan sekalipun, lesen perniagaan merupakan perkara yang wajib ada kepada setiap peniaga yang ingin menjalankan perniagaan secara sah di Malaysia.

Di setiap negeri, terdapat perbezaan dari segi cara permohonan dan syarat-syarat yang dikenakan terutama sekali dalam industri pemakanan kerana ini adalah sektor kritikal yang boleh membahayakan kesihatan orang awam dan boleh membawa penyakit.

Perlesenan bagi perniagaan restoran, kedai makanan, cafe, kiosk dan sewaktu dengannya adalah penting bagi memastikan pengusaha yang diberikan lesen tersebut mematuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan agar pengusaha beroperasi dengan menjaga kebersihan premis, menjaga kebersihan persekitaran, menjaga kebersihan dan kualiti makanan dan akhirnya menjamin kesihatan pengguna yang membeli produk yang dijual di premis tersebut.

Demikianlah beberapa panduan yang boleh anda ikuti sebagai persediaan sebelum membuka sesebuah kiosk, cafe, mahupun restoran.

Panduan Cara Membuka Kiosk
Pakej Agent Coastal Dim Sum 2019

Dengan bisnes Coastal Dim Sum, bagi anda yang berminat menyertai bisnes Coastal Dim Sum, anda akan diberikan 1 set lengkap Business Kit yang mana kit ini dapat membantu anda terus membuat jualan.

“15pek dim sum licin dalam masa satu hari”.
“Rasa dah macam retis sebab asyik kena ‘kejar’ dengan customer yang obses Coastal Dim Sum ni.”. 
Ini kenyataan benar daripada agent agent kami yang struggle menjual Coastal Dim Sum.

“Ya. Berniaga Coastal Dim Sum ni tak sefemes macam produk dalam tv tu tapi jualan dim sum mencecah empat ke lima angka sebulan”.
Tersedu ke tersedak dengar perkongsian agent dan stokis kami? – Min tanya jer 😀

Rata rata stokis kami bermula sebagai agent. Dengan kesungguhan yang tak kenal erti putus asa, sesetengah daripada mereka kini telah berjaya membuka kiosk mereka sendiri.

Panduan Cara Membuka Kiosk
Kiosk dan Cafe Stokis Besut, Terengganu.
Panduan Cara Membuka Kiosk
Kiosk Stokis Slim River, Perak.
Kiosk Dim Sum Lit Lit Stokis di Kemaman, Terengganu.
Kiosk Dim Sum Stokis Melaka.

Jadi tunggu apa lagi, rebutlah peluang keemasan ini sekarang! Tak semestinya produk femes baru boleh jual. Walaupun produk Coastal Dim Sum ni biasa biasa jer, tapi kualiti superbbb!

Jom sertai team kami sekarang! Anda berpeluang merebut reward #gold4dimsum sepanjang 2019.

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ .

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *