Strategi Naikkan Jualan

Strategi Naikkan Jualan

Strategi naikkan jualan pasti menjadi perkara utama dalam minda setiap usahawan. Dalam pemasaran online hari ini, ada banyak teknik atau cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan sales/jualan produk yang kita jual. Sales yang banyak setiap hari adalah impian setiap peniaga.

Sebelum nak buat sales, sebelum nak mulakan bisnes lagi, anda kena betul-betul khatam dan faham skop bisnes anda daripada A sampai Z.

Jika kita masih buat ayat iklan yang syok sendiri, bukan berdasarkan apa yang pelanggan nak, tawaran kita akan jadi mengarut di mata pelanggan, tak relevan dan lemah. Seterusnya, menyebabkan prospek lari selepas baca tajuk iklan. Bila prospek lari, macamana kita nak dapat pelanggan.

Apa yang perlu anda lakukan?

  1. Anda kena kenal dulu pelanggan.
  2. Fahamkan apa yang mereka mahu.
  3. Sediakan tawaran yang sesuai.
Strategi Naikkan Jualan

1. Kenal dahulu pelanggan anda
Kenali pelanggan yang anda target. Pastikan kriteria pelanggan yang anda target itu bersesuaian dengan produk yang dijual. Contohnya produk Coastal Dim Sum sesuai untuk ibu ibu yang sibuk bekerja, yang tiada masa untuk memasak.

Seterusnya ketahui apa kehendak pelanggan dan apa masalah yang mereka hadapi. Tidak semestinya perlu menulis headline yang super ‘complicated’. Kadang-kadang cukup dengan bertanya soalan yang sepatutnya, pelanggan sudah boleh respon kepada iklan anda.

identify the customer need

2. Fahamkan apa yang mereka mahu
Cuba untuk fahami apa kemahuan pelanggan anda. Lakukan kaji selidik, baca maklum balas dan bercakap dengan mereka. Lebih anda memahami kemahuan dan keperluan pelanggan anda, anda akan dapat memberikan produk yang lebih baik untuk mereka.

Seterusnya selepas kita kenal pelanggan dan kenal produk adalah ilmu membina tawaran.

promotion sale

3. Sediakan tawaran yang sesuai
Ini adalah cara yang paling biasa ramai seller buat. Dan ia memang terbukti berkesan untuk tingkatkan jualan. Tapi anda harus ingat strategi promosi/diskaun ini tidak boleh dibuat setiap masa.

Kenapa?

Sebab bila selalu bagi promo, diskaun, akibatnya anda akan dapati prospek tidak akan buat pembelian segera. Jadi promosi anda sudah tidak istimewa lagi.

Jika anda nak buat promo diskaun, pastikan buat 2, 3 bulan sekali dan pastikan ianya dibuat dalam tempoh terhad. Pastikan juga promosi yang anda berikan itu bersebab. Contohnya seperti promo sempena Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Hari Ibu dan sebagainya.

Hanya tawaran yang betul-betul ‘fit’ dengan masalah dan kemahuan pelanggan sahaja akan mendapat tempat dihati mereka.

Jadi anda dah nampak apa yang sebenarnya perlu dilakukan untuk gandakan jualan anda? Cukup mudah bukan? Apa yang penting anda perlu betul betul faham apa yang pelanggan mahukan dan ikuti step yang min share diatas mengikut situasi anda.

Dalam Team Coastal Dim Sum, HQ banyak menyediakan module untuk team naikkan jualan mereka. Module tersebut ada dalam bentuk video, live class mahupun nota nota di group coaching Telegram. Team hanya perlu belajar dan follow sahaja strategi strategi yang diajar.

Bagi yang mencari peluang perniagaan, jom sertai Team Coastal Dim Sum, banyak manfaat yang anda peroleh antaranya dapat join Lifetime Group Coaching, Online Class, Marketing Material (lebih 400 edited photos diberikan), dan banyak lagi yang HQ sediakan.

Group Agent di Telegram
New Agent Coastal Dim Sum
Lebih dari 400 pcs gambar yang HQ provide untuk new agent yang berdaftar

Dengan Coastal Dim Sum, kami memudahkan proses memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan itu lebih mudah untuk dimulakan.

Jom sertai bisnes Coastal Dim Sum sekarang!

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ .

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.