Panduan Mulakan Bisnes Makanan Dari Rumah

Panduan Mulakan Bisnes Makanan Dari Rumah

Melalui zaman ekonomi yang tidak menentu ini, ramai yang mula mencari side income untuk menyara kehidupan antaranya berniaga makanan dari rumah. Tapi ramai juga yang was was untuk mulakan bisnes ini sebab tak tahu panduan mulakan bisnes makanan dari rumah dengan betul. Konsep berniaga dari rumah telah lama wujud. Setara dengan perkembangan teknologi sekarang, perniagaan dari rumah telah menjadi satu trend.

Bukan sahaja mudah dan tidak memerlukan kos yang banyak, malah makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia dan perniagaan pula wujud bagi memastikan kita dapat memenuhi keperluan hidup.

Bagi anda yang mahu mencuba memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan, ini adalah beberapa panduan mulakan bisnes makanan dari rumah.

1)  Persediaan tempat dan ruang
Walaupun beroperasi dari rumah, anda harus mengambil serius tentang ruangan penyediaan yang betul. Selain itu, pastikan ruang menyediakan makanan cukup bersih dan berada dalam keadaan baik bagi memudahkan anda melakukan tugas memasak.

Salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah dengan melakukan sedikit perubahan terhadap ruang memasak, ruang menyimpan makanan kering dan juga basah mengikut yang sepatutnya supaya ia lebih teratur.

2) Suntikan pengendali makanan
Suntikan anti-typhoid atau di Malaysia lebih disebut sebagai suntikan Typhoid merupakan Vaccine atau pelalian yang wajib diambil oleh semua pengendali makanan bagi mengelakkan tersebarnya penyakit demam kepialu melalui makanan yang dikendalikan oleh mereka kepada pelanggan. Suntikan typhoid boleh didapati di mana-mana klinik swasta mahupun klinik kerajaan yang ada menawarkan perkhidmatan tersebut.

Semua pengendali makanan di Malaysia wajib patuh kepada AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:

AKTA MAKANAN 1983
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan

31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah—
(a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan;
(b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan
(c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.
(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

3) Kursus pengendalian makanan
Kebersihan dan keselamatan makanan haruslah dijaga setiap masa agar fungsi tubuh dapat berjalan dengan optimum sepanjang hari tidak kira di rumah atau di restoran.
Kursus ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.

Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

Semoga panduan ini dapat membantu kalian yang masih ragu ragu untuk mulakan bisnes makanan dari rumah.

Atau masih ada yang memikirkan apa jenis perniagaan makanan yang sesuai untuk diniagakan?

Jangan risau…

Coastal Dim Sum menawarkan peluang perniagaan kepada anda yang berminat menjana pendapatan tidak kira secara sepenuh masa ataupun separuh masa.

Kenapa perlu join bisnes Coastal Dim Sum?
1- Mudah sangat. Tak perlu persediaan yang berjam-jam sebelum memulakan perniagaan.
2- Margin untung yang tinggi untuk bisnes makanan.
3- Kalian akan dibekalkan set lengkap Business Kit sebagai panduan memulakan perniagaan.
4- Paling best adalah modal yang sangat rendah untuk buat bisnes ini.

Ramai agent kami yang membuat perniagaan dari rumah dengan hanya berniaga Coastal Dim Sum.

Panduan Mulakan Bisnes Makanan Dari Rumah
Contoh agent kami yang menjual dim sum yang siap dikukus.

Jadi tunggu apa lagi. Jom sertai bisnes Coastal Dim Sum sekarang!

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ .

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *