Tips Mencegah Influenza

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti. Entry kali ini min kongsikan tips mencegah influenza yang membimbangkan masa kini.

Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.

Kenali simptom simptom influenza.
Kebanyakan mereka yang menghidapi influenza berasa letih dan mengalami demam, sakit kepala, batuk tidak berkahak, berhingus atau hidung tersumbat, cirit-birit atau muntah-muntah dan sakit otot. Batuk boleh berlarutan sehingga dua minggu atau lebih.

Bagaimana ia merebak?
Kanak-kanak yang dijangkiti boleh memindahkan virus influenza apabila batuk atau bersin, dan melalui hidung berhingus yang mengandungi titisan virus influenza. Orang lain boleh dijangkiti influenza apabila menyedut titisan terbabit atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka selepas tersentuh permukaan yang tercemar.

Cara cara pencegahan influenza

1) Dapatkan suntikan vaksin influenza

Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta. Tetapi jangan anda semua panik untuk mendapatkan vaksin. Bagi golongan tertentu sahaja yang amat-amat memerlukan vaksin. Kerana masih ada lagi tips mencegah influenza yang boleh kita praktikkan.

2) Jaga etika batuk
Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask). Jika tak sempat capai tisu atau sapu tangan, tekup dengan tapak tangan pun okay. Lepas tu jangan lupa cuci bersih tangan anda.

3) Memakai penutup mulut dan hidung (face mask)
Tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin untuk melindungi orang lain. Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan.

4) Kerap mencuci tangan
Tangan adalah anggota paling aktif dalam kehidupan kita. Berjuta kuman berada di tangan tanpa kita sedari. Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

5) Jaga pemakanan
Semasa influenza, antibodi tubuh menjadi lemah. Jadi pilihlah makanan yang berkhasiat dan bersih. Kurangkan pengambilan makanan segera. Lebihkan makanan yang dimasak sendiri di rumah seperti makanan yang dikukus, direbus ataupun di stim. Ini kerana makanan yang dimasak sendiri lebih terjamin kebersihannya. Antara makanan sihat adalah Coastal Dim Sum. Diadun bersama bahan segar dan sayuran yang tinggi khasiatnya.

Tips Mencegah Influenza

Dahlah makan makanan yang sihat dan lazat, dapat pula khasiat sayuran daripada dim sum. Sangat bagus untuk tumbesaran kanak kanak. Mesti ada yang tertanya tanya apa kandungan yang ada didalam dim sum kami?

Coastal Dim Sum diadun bersama isi ayam dan udang segar, sayuran seperti lobak merah, cendawan butang, cendawan shiitake, kacang panjang, sengkuang dan banyak lagi. Lihat saja bahan bahan yang digunakan, tak ternilai rasanya khasiat yang kita dapat daripada 1 biji dim sum tersebut.

Sekali gigit terus terasa ketulan ketulan cendawan fresh.

Kandungan bahan melebihi tepung menjadikan Coastal Dim Sum lembut dan ‘pure’.

Selain dikukus Coastal Dim Sum juga boleh dijadikan pelbagai menu seperti sup, nasi goreng, salad dim sum, tomyam dim sum, spageti dim sum, dan banyak lagi.

Tips Mencegah Influenza
Sup Sayur Dim Sum
Tips Mencegah Influenza
Nasi Goreng Dim Sum
Tom Yam Dim Sum

Pastikan anda mendapat sedikit protein dengan setiap hidangan untuk membantu badan anda membina antibodi. Akhir kata dari min, sama sama kekalkan gaya hidup sihat, amalkan pemakanan seimbang, banyakkan minum air dan banyakkan berdoa agar dihindari penyakit.

Berminat untuk tempahan Coastal Dim Sum?

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ .

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/Blog_Dimsum

Leave a Reply

Your email address will not be published.