Tips Mudah Close Sales

Tips Mudah Close Sales

Apa itu close sales? Close sales dalam bahasa mudah ialah proses untuk jadikan prospek kepada pembeli. Anda hanya perlu jadi seorang yang kreatif dan pelbagaikan lagi teknik dalam melakukan close sales kerana tak semua prospek mudah nak close sales. Jadi entry kalini min kongsikan tips mudah close sales. Tips ini boleh membantu sesiapa yang berminat untuk buat bisnes tapi takde pengalaman buat sales.

Bagi mereka yang tidak pernah membuat sales, mungkin kerja menjual nampak senang. Hanya orang yang pernah buat sales sahaja yang tahu macam mana nak melayan customer yang berbagai kerenah, ada yang hanya mahu bertanya harga sahaja, ada yang bertangguh nak tunggu hari gaji, nak tanya suami/isteri dulu dan macam-macam lagi. Last last ape pun tak dibelinya.

Macam mana nak handle tu?

Walaubagaimanapun, kita tak boleh memaksa mereka. Sebagai pelanggan, mereka ada hak nak membeli pada bila-bila masa. Sebab itulah kita sebagai penjual perlu bijak menyusun strategi dan penting untuk ketahui cara untuk close sales.

Tips Mudah Close Sales

1) ‘Reply’ dengan PANTAS

Tips Mudah Close Sales

Setiap orang pasti sukakan kepantasan. Siapa yang tak suka kan? Ini kerana teknologi yang memudahkan kita untuk bertindak pantas dalam melakukan segala kerja harian.

Dalam bisnes, kepantasan memainkan peranan yang sangat penting, terutamanya dalam close sales. Apabila prospek sudah Whatsapp anda, jangan biarkan mereka lama-lama. Sebabnya, ketika itu mereka dalam MOOD membeli. Kiranya minat mereka untuk membeli produk kita masih ’panas panas’ lagi.

Tapi apabila mereka menunggu lama untuk anda reply, mood membeli mereka akan semakin menurun. Apabila mereka dah ‘sejuk’, mereka dah tak berminat untuk membeli atau akan membeli dari peniaga yang lain. Anda dah rugi, kan?

Paling lambat pun, anda reply dalam tempoh 24 jam. Kalau lebih, kemungkinan besar mereka tak akan berminat lagi nak membeli dengan anda.

2) Akhiri setiap mesej dengan SOALAN

Semasa dalam proses close sales, jangan lupa untuk bertanya soalan pada prospek. Pastikan setiap mesej yang anda reply diakhiri dengan soalan.

Dengan cara ini, kita dapat menarik prospek untuk reply semula mesej kita. Ini dapat jadikan komunikasi antara prospek dan kita berlaku sehinggalah mereka jadi pembeli. Tapi, ikut situasi juga. Tak semua prospek mudah nak close sales. Ada yang banyak tanya, ada yang kita tanya tapi mereka tak jawab langsung. Lain orang, lain ragamannya. Betul tak?

3) Gunakan skrip/ayat yang POWER

Setiap jenis bisnes tak sama skrip close sales, jadi anda perlu reka skrip. Masa nak jual produk, jangan guna skrip ayat ayat buku yang skema kepada pelanggan. Make sure anda pandai mengayat dengan bahasa yang simple dan direct. Pelanggan akan bosan sekiranya ayat ayat yang kita guna lama. Kalau ayat panjang berjela-jela takut nanti customer geleng kepala tak berhenti. Sudahnya, kita dan produk kita tak kemana, duduk tak bergerak langsung 😀 

4) Bersedia dengan soalan BANTAHAN dari prospek sebagai persediaan

Biasanya, apabila ramai prospek yang Whatsapp anda, pasti ada yang banyak tanya pelbagai soalan. Mungkin kerana mereka memang berminat nak membeli, tapi kurang yakin dan takut ditipu oleh peniaga.

Ini perkara biasa jika mereka belum kenal lagi siapa anda. Sebab itu, anda perlu sentiasa tingkatkan kepercayaan iaitu dengan kerap bina engagement dengan mereka.

Min listkan beberapa soalan yang biasa ditanya oleh prospek.

  • “Mahalnya modal permulaan ni?”
  • “Gaji tak masuk lagi la, boleh tunggu hujung bulan tak?”
  • “Saya bincang dengan suami dulu, nanti saya confirmkan balik ye”
  • “Kenapa kos penghantaran tinggi?”

Setiap soalan yang mereka tanya, ada cara untuk kita menjawabnya. Bukan mereka tanya, kita diam saja. Sebab kadang-kadang, ada prospek yang hanya nak test sama ada peniaga tu jujur ke tak. Jadi berikan jawapan yang terbaik dan positif untuk setiap soalan yang mereka berikan.

Atau masih ada yang memikirkan apa jenis bisnes yang sesuai untuk diniagakan?
Jom sertai Team Coastal Dim Sum!

Coastal Dim Sum menawarkan peluang perniagaan kepada anda yang berminat menjana pendapatan secara sepenuh masa ataupun separuh masa.

Kenapa perlu join bisnes Coastal Dim Sum?
1- Mudah sangat. Tak perlu persediaan yang berjam-jam sebelum memulakan perniagaan.
2- Margin untung yang tinggi untuk bisnes makanan.
3- Kalian akan dibekalkan set lengkap Business Kit sebagai panduan memulakan perniagaan.
4- Paling best adalah modal yang sangat rendah untuk buat bisnes ini.
5- Permintaan sentiasa ada. Jadi jangan risau dengan masalah bisnes sendu.

Tunggu apa lagi, jom jana pendapatan bersama bisnes Coastal Dim Sum. Pencarian agent masih dibuka. Bagi yang berminat mulakan bisnes, untuk tahun 2020 HQ menawarkan pakej pakej menarik untuk anda! Tertakluk terma dan syarat Coastal Dim Sum HQ.

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *