Pengenalan Produk Combo Oriental

Alhamdulillah, tahun 2020 kami berjaya merealisasikan impian kami untuk lancarkan pek dim sum terbaru iaitu pek Oriental Combo. Pada entri kali ini, min akan ceritakan tentang pengenalan produk baru Combo Oriental ini untuk menambah pengetahuan kalian semua. Semoga dengan penambahan pek baru ini dapat memeriahkan lagi jualan para agent dan stokis. Kini Coastal Dim Sum mempunyai 4 combo kesemuanya. Combo All Chicken, All Seafood, Mix Combo dan Oriental Combo (new).

Mari min kenalkan kepada anda semua combo terbaru keluaran Coastal Dim Sum ini. Oriental Combo mempunyai 4 perisa berbeza sama seperti combo-combo lain. Antaranya ialah perisa cendawan tiram raja, cendawan enoki, rumpai laut dan daun bawang.

Jom kita selongkar sedikit sebanyak info tentang bahan utama dalam penghasilan Oriental Combo ini.

1. Cendawan Tiram Raja (King Oyster Mushroom)

Pleurotus eryngii juga dikenali cendawan tiram raja, adalah cendawan yang dapat dimakan yang berasal dari wilayah Mediterranean di Eropah, Timur Tengah, dan Afrika Utara, tetapi juga tumbuh di banyak kawasan di Asia. Pleurotus eryngii adalah spesies terbesar dalam generasi cendawan tiram. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa. Ia mempunyai sedikit rasa atau aroma ketika mentah. Apabila dimasak, ia memberikan rasa savouri yang sedap dengan tekstur yang serupa dengan abalone. Dim Sum perisa King Oyster Mushroom yang berwarna putih kini dah ada di dalam pek Oriental Combo Coastal Dim Sum!

Pengenalan Produk Baru Combo Oriental
Dim Sum perisa Cendawan Tiram Raja

2. Cendawan Enoki (Enoki Mushroom)

Cendawan Enokitake (cendawan enoki) adalah cendawan makan hasil pertanian berbentuk panjang berwarna putih seperti tauge. Dikenali juga sebagai cendawan tauge, cendawan musim sejuk, atau cendawan jarum emas.

Cendawan ini banyak digunakan dalam berbagai masakan sup dalam Jepun, Korea, Cina, dan Vietnam. Cendawan mempunyai tekstur garing dan aroma yang segar. Bahagian akar perlu dipotong sebelum digunakan dalam masakan.

Tengok tu, kebanyakan cendawan memang popular di negara asia. Malaysia pun negara Asia, apa salahnya kita letak dalam snek dim sum halal kita kan? Dalam pek Oriental Combo, perisa cendawan ini berwarna oren. Kalau bukan warna oren, bukan pek Coastal Dim Sum ye.

Pengenalan Produk Baru Combo Oriental
Dim Sum perisa Cendawan Enoki

3. Rumpai Laut (Seaweed)

Rumpai laut merupakan tumbuhan akuatik liar yang banyak terdapat di pesisir pantai terutamanya di kawasan terumbu karang dan pantai yang terlindung. Rumpai laut ialah tumbuhan laut yang dikenali sebagai alga, dibezakan berasaskan pigmen warna asli yang ada padanya seperti merah, hijau atau perang. Terdapat pelbagai jenis rumpai laut yang berbeza jenis, tumbuh liar di pesisir pantai negara ini.

Rumpai laut digunakan secara meluas sebagai makanan oleh masyarakat pesisir pantai, terutamanya di Asia Timur, contohnya China, Jepun, Korea, Taiwan, dan Vietnam.

Dalam pek Oriental Combo, perisa rumpai laut paling menyerlah warnanye. Pandang sekali terus tahu itu perisa rumpai laut. Warnanya seakan-akan hitam sangat mudah untuk dikenali.

Pengenalan Produk Baru Combo Oriental
Dim Sum perisa Seaweed

4. Daun bawang (Spring Onion)

Daun bawang biasanya digunakan dalam masakan atau pun sebagai hiasan. Ia mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi lebih lembut dan mempunyai aroma khusus, rasa ini akan lebih dirasai bila dicampurkan dalam makanan dan dimakan. Berbanding daun kucai, daun bawang digunakan sebagai pelengkap dalam makanan, seperti dimasukkan ke dalam sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan penambah rasa. Jangan tersalah dengan daun kucai pulak ye. Daun kucai aromanya hampir sama dengan daun bawang putih. Jika tidak dimasak, rasanya sedikit menyengat.

Kenali perisa ini dalam pek Oriental Combo. Warna dim sum sama dengan warna daun bawang iaitu hijau. Jom dapatkan pek ini segera!

Pengenalan Produk Baru Combo Oriental
Dim Sum perisa Daun Bawang

Kesimpulannya, combo ini adalah combo sayuran di mana sayuran – sayuran tersebut sangat popular di negara-negara asia dan juga boleh dikategorikan sebagai combo yang paling sihat berbanding combo lain namun combo lain tetap ada kelebihan yang tersendiri.

Pek baru Oriental Combo

Pastikan beli pek Oriental Combo ni dan pek-pek Coastal Dim Sum yang lain dari agent-agent dan stokis yang berdaftar ye. Pek Coastal Dim Sum berwarna hijau, mempunyai tulisan jawi dan halal di muka depan plastik. Pastikan yang original, baru beli tau.

Okay, next time min akan share pula tentang khasiat bahan – bahan utama Oriental Combo ini. Stay tuned guys!

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera.

Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *