Strategi gandakan jualan sempena Aidiladha

Bila musim perayaan semakin dekat, macam-macam peluang berniaga ada di sekeliling kita. Memang orang suka berniaga pada masa ini sebab nak cari side income. Pada masa ini juga, masyarakat kita memang suka berbelanja tidak kira la barang keperluan mahupun kehendak. Natijahnya, kehendak atau keperluan menjadi salah satu faktor kepada peningkatan atau penurunan jualan produk mahupun perkhidmatan. Bagaimana nak jalankan strategi gandakan jualan Coastal Dim Sum sempena raya Aidiladha ini?

Apabila disebut tentang strategi gandakan jualan, maka ia berhubung kait dengan aspek pemasaran. Jadi kita yang berfikiran bisnes raya ni kena bijak mengambil peluang. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan. Antaranya ialah:

1. Buat tawaran istimewa raya

Pelanggan tidak akan membeli sesuatu produk sekiranya apa yang ditawarkan tidak menarik hati mereka. Waktu raya ni boleh menjadi waktu eksklusif untuk bisnes anda di mana anda boleh tawarkan promosi yang anda takkan buat masa bulan-bulan lain. Setiap suatu tindakan sudah tentunya mempunyai objektif dan tujuannnya, begitu juga dengan promosi jualan kepada pengguna. Antara kelebihan membuat promosi adalah untuk melariskan dan memikat hati pelanggan sekaligus menggalakkan percubaan produk baru. Antara contoh kaedah promosi jualan yang boleh digunakan adalah dengan:

Voucher

Strategi gandakan jualan sempena Aidiladha

Sebagai contoh,untuk setiap pembelian atas RM500, pelanggan anda dapat voucher RM25 untuk produk anda. Cara ini bagus untuk buat pelanggan anda beli lagi dengan anda. Bayangkan pelanggan yang beli dengan anda, dapat voucher, mesti mereka rasa rugi kalau voucher tu tak digunakan. Lagi-lagi kalau ada tarikh luput di voucher anda itu. Tapi cara ini harus dikira dengan betul supaya anda tak rugi bila bagi voucher dekat pelanggan. Mungkin anda boleh buat, voucher terhad kepada sesetengah produk atau jumlah voucher yang terhad.

Sampel

Strategi gandakan jualan sempena Aidiladha

Sampel merupakan suatu pek percubaan dalam kuantiti yang sedikit yang diberikan kepada pelanggan. Secara tidak langsung, melalui cara ini pelanggan dapat didedahkan atau diperkenalkan dengan produk baharu. Sampel boleh dijadikan sebagai salah satu cara promosi jualan dan tarikan kepada pelanggan sewaktu pelanggan mengunjungi premis atau ketika menyertai pameran dan sebagainya. Jadikan dim sum terbaru iaitu Oriental Combo sebagai sampel untuk menarik pelanggan anda!

Potongan harga

Strategi gandakan jualan sempena Aidiladha

Potongan harga atau lebih dikenali dengan diskaun bermaksud harga sesuatu produk itu dikurangkan daripada harga asal. Pada musim perayaan kebanyakan peniaga akan mengatur strategi dengan memberikan potongan harga kepada produk yang dikeluarkan oleh mereka. Bagi mereka, masa tersebut merupakan peluang keemasan untuk melariskan barangan berkenaan dan menarik lebih ramai pelanggan ke premis jualan mereka. Namun begitu, diskaun yang diberikan oleh pihak peniaga haruslah ditepati dan perlulah menutup tawaran diskaun tersebut setelah tamat tarikhnya.

Jual produk secara pakej

Strategi gandakan jualan sempena Aidiladha

Kalau anda nak tarik perhatian pelanggan untuk beli, cuba pakejkan produk dan jual semua sekali. Bagi la potongan diskaun yang lebih sikit. Letak nama pakej yang cantik, bagi pilihan untuk pelanggan pilih mana yang mereka berkenan. Contohnya, pakejkan 4 pek Coastal Dim Sum setiap combo dengan memberi harga pakej yang berpatutan dan lebih murah berbanding harga jualan 1 pek. Jadi, sekarang dah boleh mula fikir idea untuk pakej produk bisnes anda.

2. Contest gambar di media sosial

Sekarang ni, bila musim raya je, mesti ramai yang upload gambar raya. Alang-alang mereka dah post gambar, apa kata buat contest di mana mereka hanya perlu tambahkan hashtag sahaja untuk sertai. Contohnya #CoastalDimSum. Hashtag yang betul sangat la penting. Fungsi hashtag adalah untuk memudahkan pelanggan mencari produk yang betul. Contohnya, jika ada customer orang penang, nak makan dim sum, mereka boleh search sahaja perkataan #dimsumpenang. Sebab itulah pentingnya penggunaan hashtag.

Bila anda buat contest gambar ni, ramai orang akan engage dengan tawaran yang anda lakukan itu. Selain itu, anda juga boleh buat contest, siapa yang paling banyak dapat komen atau like, akan dapat dim sum secara percuma 1 pek.

Contest ini boleh dibuat melalui stories, videos, atau live, mengikut kesesuaian tawaran anda.

3. Cross-promote produk orang lain

Bukan anda sorang saja yang tengah buat promosi waktu musim raya ni, jadi anda boleh buat cross-promotion atau kata lain, anda promote produk bisnes orang lain, dan bisnes orang lain pula promote produk anda. Anda boleh juga joint venture dengan bisnes lain atau pakejkan produk anda sekali dengan produk mereka, sempena promosi raya.

Ramai orang tak buat benda ni sebab tak percayakan satu sama lain. Tapi hakikatnya, tak rugi apa pun. Masing-masing sama-sama mempromosikan produk di audience yang berbeza. Ini antara cara yang terbaik untuk menggandakan jualan anda. Kebetulan Coastal Dim Sum dan ada kawan baru iaitu Coastal Delight, combokan kedua-dua produk ini untuk jualan raya Aidiladha ini.

Semoga idea bisnes raya ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera.

Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *