Khasiat Bahan Utama Oriental Combo

Baru – baru ini min dah kenalkan Oriental Combo pada korang kan? Entry kali ini min nak tunaikan janji min tentang kebaikan sayuran yang merupakan bahan utama yang ada dalam combo baru ini. Jom kita mulakan.

Cendawan Tiram Raja dan Cendawan Enoki

Di dalam Oriental Combo, terdapat dua perisa cendawan iaitu cendawan tiram raja dan cendawan enoki. Min pasti ramai di antara kita yang suka makan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. Mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan.

Selain cendawan tiram raja dan cendawan enoki dalam Oriental Combo, dalam All Chicken Combo juga terdapat perisa cendawan shiitake dan cendawan butang. Kini, Coastal Dim Sum lengkap dengan pelbagai jenis cendawan.

Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Secara amnya, setiap cendawan mempunyai khasiat yang sama. Terdapat beberapa laporan dari kajian yang mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula, menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Selain itu, cendawan didakwa berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, dan agen anti oksida.

Cendawan Jarum Emas (enoki) dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus terutamanya pada musim Coronavirus ini, semua orang perlu berhati-hati. Tambahan itu, cendawan bertindak sebagai agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen untuk menghalang kerosakan DNA. Ini adalah antara khasiat cendawan yang anda boleh perolehi.

Khasiat Bahan Utama Oriental Combo
Jens – jenis cendawan dan salah satu khasiatnya

Kesimpulannya, cendawan adalah kulat yang baik untuk badan kita. Jangan lupa selepas ini masukkan cendawan dalam menu masakan anda. Makanlah banyak cendawan untuk kesihatan tubuh dan minda anda. Namun hati-hati ye, tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.

Rumpai Laut

Bagi orang Asia khususnya Korea dan Jepun, mereka menjadikan rumpai laut sebagai makanan sampingan yang perlu ada ketika menikmati hidangan utama. Selain sebagai sajian santapan, hakikatnya hidupan laut ini juga kaya dengan vitamin dan mineral yang mana mampu merawat kesihatan dan kecantikan kulit.

Kini terdapat banyak produk di pasaran menawarkan produk yang mengandungi kandungan rumpai laut. Kolagen yang terdapat dalam rumpai laut dapat meningkatkan kekurangan air dalam kulit dan ia membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda. Selain itu, ia juga dapat menghilang dan memudarkan garis- garis halus yang terdapat pada wajah, merawat parut luka yang rosak seperti parut jerawat, bintik-bintik hitam, pigmentasi dan jerawat. Bagi yang memiliki kulit sensitif, rumpai laut merupakan bahan atau ramuan yang selamat dan sangat sesuai untuk digunakan.

Khasiat Bahan Utama Oriental Combo
Perbezaan kulit kolagen dan tanpa kolagen

Khasiat rumpai laut bukan saja sesuai untuk dipakai pada wajah sahaja. Ia juga menyuntik khasiat positif pada tubuh badan dan rambut. Protein kolagen yang terdapat pada rumpai laut memainkan peranan untuk menguatkan otot dan sendi, mengurangkan sakit sendi dan tulang belakang. Manakala rambut pula, ia dapat membaiki masalah rambut putih atau uban, rambut gugur dan rambut yang mulai menipis.

Daun Bawang

Daun bawang adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang cukup popular di pelbagai pelosok dunia, termasuk Malaysia. Ianya banyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai hidangan. Daun bawang yang umumnya dijadikan sayuran pelengkap pada soto atau mee, ternyata memiliki manfaat yang jarang diketahui banyak orang.

Sayuran ini, yang dikenali sebagai Scallion, dijual di pasar dengan harga yang agak murah. Walaupun murah, daun bawang menyimpan pelbagai nutrien penting untuk kesihatan dan kecantikan. Malangnya masih ada orang yang enggan makan daun bawang kerana aromanya. Sebenarnya, sayur-sayuran ini sangat penting untuk menjaga kesihatan dan mencegah pelbagai penyakit, termasuk barah. Ibu hamil sangat digalakkan memakan sayuran ini untuk mencegah risiko anemia.

Khasiat Bahan Utama Oriental Combo
Daun bawang penting untuk pembentukan sel darah merah

Bawang mengandungi kalori rendah dan kaya dengan nutrien. Sayuran ini mengandungi gabungan unik flavonoid dan nutrien yang mengandungi sulfur. Selain itu, daun bawang mengandungi serat, asid folik, kalsium, kalium dan vitamin C yang cukup tinggi. Nutrien yang terkandung dalam daun bawang termasuk vitamin A, vitamin K, vitamin C, vitamin B2, dan kalium. Semua bahan ini amat diperlukan oleh badan kita.

Semoga info ini bermanfaat kepada anda semua. Terus amalkan gaya pemakanan yang sihat!

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera.

Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.