PACKAGING BARU COASTAL DIM SUM

PACKAGING BARU COASTAL DIM SUM

Untuk makluman semua, Coastal Dim Sum kini tampil dengan rupa yang baru. Jika anda perhatikan, packaging Coastal Dim Sum yang baru mempunyai sedikit perbezaan dengan packaging lama. Mari min perkenalkan kepada anda penampilan baru Coastal Dim Sum yang lebih menarik ini.

Packaging/Pembungkusan

Pembungkusan adalah pembalut atau bekas yang digunakan untuk melindungi makanan atau lain-lain produk daripada kotoran, kuman dan kerosakan. Pembungkusan selalunya disertakan dengan maklumat mengenai produk yang dikandungnya.

Pembalut dan plate yang digunakan untuk pembungkusan Coastal Dim Sum adalah sepenuhnya plastik. Antara kebaikan plastik sebagai pembungkusan adalah untuk:

  • Menjaga kesegaran makanan
  • Melindungi daripada kerosakan makanan
  • Menyedia persekitaran yang bersih bagi makanan
  • Melindungi dari pencemaran
  • Menunjuk bukti gangguan seperti dikoyakkan
  • Dapat menghantar makanan pada jarak yang jauh
  • Penghalang pada kemasukan oksigen dan kelembapan
  • Dapat memanjangkan jangka hayat makanan

Packaging Baru

Packaging Coastal Dim Sum yang baru masih mengekalkan warna yang sama iaitu hijau. Pada muka hadapan packaging terpampang tulisan jawi “Dim Sum Sedap’’ beserta logo-logo penting. Dengan adanya tulisan jawi tersebut, packaging kami lebih mudah untuk dikenali. Nampak je tulisan jawi tu, terus tahu itulah Coastal Dim Sum kesayangan semua orang. Ceewahh!

Label pada packaging

Hadapan

Label pada packaging sangat penting untuk membezakan jenis combo, manakala logo Coastal Dim Sum yang berwarna merah tu masih sama. Logo Halal pula adalah sangat penting kepada semua muslim sebelum membeli sesuatu produk. Logo ini bukanlah semata-mata logo, tetapi ianya membuktikan bahawa sesuatu produk itu diperakui halal oleh Jakim dan selamat untuk dimakan. Logo ini tetap ada di setiap packaging Coastal Dim Sum kerana ianya djamin HALAL, dan sedap. Jangan ragu-ragu ye untuk beli Coastal Dim Sum. Untuk info lanjut tentang logo Halal ini, boleh ke blog Coastal Dim Sum (http://blog.coastaldimsum.com/2020/07/12/coastal-dim-sum-dijamin-halal/).

PACKAGING BARU COASTAL DIM SUM
Muka Hadapan Packaging Coastal Dim Sum

Sisi/Tepi

Min selalu terima pertanyaan tentang jenis combo kerana kebanyakan customer tidak mengetahui di mana letaknya jenis combo yang telah dibeli. Barcode, jenis combo dan tarikh luput berada di sisi tepi packaging ye. Meh sini min close up label di tepi packaging Coastal Dim Sum ini.

PACKAGING BARU COASTAL DIM SUM
Jenis Combo di Tepi Packaging Coastal Dim Sum

Belakang

Kebiasaannya pada ruang belakang packaging produk makanan, akan tertera sama ada resepi atau kandungan ramuan produk tersebut. Di belakang pek Coastal Dim Sum, terdapat ramuan atau kandungan setiap jenis perisa dim sum yang dihasilkan. Jangan risau ye, kandungan yang digunakan dalam penghasilan dim sum jenama Coastal Dim Sum ini tidak memudaratkan kesihatan. Manakala pewarna dan perasa adalah yang dibenarkan. Yang penting, bahan utama yang digunakan adalah segar.

PACKAGING BARU COASTAL DIM SUM


Pandangan Belakang Packaging Coastal Dim Sum

Amacam? Lawa kan packaging ni. Lepas ni senang la nak beli, sebab dah cam rupa Coastal Dim Sum kami. Nak lihat lagi info-info lanjut tentang Coastal Dim Sum, boleh hubungi mana-mana nombor di bawah atau ke page FB dan IG Coastal Dim Sum.

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera.

Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.