Strategi Pemasaran Produk Makanan

Pada entri kali ini, min nak kongsikan tentang strategi pemasaran produk makanan. Seperti sedia maklum, penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia memberikan impak yang sangat besar terutamanya kepada ekonomi negara.

Yang paling terkesan adalah sektor pekerjaan. Tidak dinafikan, susulan wabak Covid-19 ini, ramai pekerja terpaksa diberhentikan kerana syarikat mengalami kerugian yang teruk dan tidak mampu untuk menggaji pekerja. Berikutan itu, aktiviti jual beli dalam talian merekodkan lonjakan yang luar biasa dengan peningkatan sebanyak 28.9 peratus pada April lalu. Dalam pada itu, peningkatan pendaftaran syarikat dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kebanyakannya juga adalah daripada sektor e-dagang atau berniaga secara dalam talian.

Nampak tak kalian bahawasanya perniagaan dapat membantu kalian untuk keluar dari masalah ini? Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, letakkan matlamat yang jelas atau istilah omputihnya “BIG WHY”. Apakah tujuan anda untuk berniaga? Antara sebab utama rakyat kita suka berniaga adalah kerana minat berbisnes, selain tujuan utama adalah untuk menambah pendapatan atau untuk simpanan hari esok.

Bagaimana nak mulakan perniagaan?

Berniaga apa-apa sekalipun, yang penting adalah marketing. Ramai yang suka berniaga, tapi tidak ramai yang suka mempromosikan produk mereka. Dengan marketing, orang sekeliling tahu apa yang anda jual. Salah satu sifat negatif para peniaga yang paling ketara adalah malu untuk promote. Untuk strategi pemasaran produk makanan kali ini, min senaraikan cara untuk buat marketing atau pemasaran supaya produk anda dikenali ramai.

Antara 10 cara untuk buat marketing atau pemasaran yang mudah dan berkesan:

  • Sebar flyers yang menarik dengan info yang cukup supaya pelanggan lebih mengenali produk anda.
  • Promote secara live di media social seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Sebaiknya create page terlebih dahulu supaya orang senang kenal produk kita.
  • Softselling dan Hardselling. Soft selling adalah promosi atau teknik penjualan orang ke orang yang tidak langsung. Ini mungkin fokus pada membina reputasi dan hubungan dengan pelanggan. Hard selling pula adalah pendekatan langsung untuk promosi dan penjualan.
  • Post copywriting yang menarik dan beremosi supaya pelanggan mudah terkesan.
  • Gantung bunting di hadapan rumah atau pagar rumah.
  • Bagi sample makanan sebagai tester kepada orang ramai untuk meyakinkan pelanggan anda.
  • Pasang banner di kawasan anda. Laburkan sedikit kos untuk manfaat yang besar ini.
  • Offer untuk servis catering. Anda boleh menawarkan khidmat untuk menyediakan produk anda dalam mana-mana event yang menjadi tumpuan ramai.
  • Kenalkan produk kepada saudara, rakan sekerja atau jiran-jiran. Ini adalah langkah pertama bagi yang sangat malu untuk promote secara terbuka.
  • Run Ads di Facebook supaya iklan anda tersebar kepada lebih ramai pengguna.
Strategi Pemasaran Produk Makanan
Gambar hiasan: Sebar flyers kepada orang ramai

Okay, itu adalah contoh-contoh cara marketing yang anda boleh buat. Langkah seterusnya adalah anda perlu mengenalpasti tempat-tempat tarikan pengunjung untuk menjual produk anda secara offline atau online. Pastikan stok anda mencukupi ye.

Contoh senarai 10 tempat atau kaedah menjual makanan:

  • Letakkan produk di outlet-outlet berdekatan. Langkah ini mudah untuk anda yang tidak boleh membuat perkhidmatan delivery.
  • Join mana-mana booth atau program yang menjadi tumpuan ramai supaya pengunjung boleh mencuba dan terus beli. Jangan lupa standby stok di booth tersebut.
  • Marketplace. Ini adalah tempat paling sesuai untuk mempromosikan produk anda. Sekarang Facebook pun dah asing siap-siap dah port untuk pengguna letak iklan masing-masing. Mudah sangat iklankan produk di marketplace kerana pengguna yang ingin membeli akan terus ke marketplace dan lihat iklan-iklan yang ditawarkan.
Strategi Pemasaran Produk Makanan
Marketplace
  • Bagi yang mempunyai modal, anda boleh sediakan kiosk untuk mempamerkan dan menjual makanan anda. Kenapa kiosk? Kiosk adalah tempat yang sesuai untuk menjual makanan frozen kerana ianya mudah dikendalikan. Hiasi kiosk dengan cantik supaya pelanggan mudah tertarik.
Kiosk
  • Pasar. Tempat yang sentiasa dikerumuni ramai orang untuk membeli makanan. Kalau anda sudah ada tapak di mana-mana pasar malam atau pasar harian, ianya adalah satu bonus untuk anda berniaga. Peluang untuk habiskan stok anda adalah sangat tinggi.
  • Upah Runner/COD. Kepada suri rumah yang menjalankan perniagaan, mesti tak sempat nak buat delivery kan? Jangan jadikan itu sebagai halangan untuk terus berniaga. Jadikanlah ia sebagai perkongsian rezeki kepada yang memerlukan juga. Anda boleh mengupah runner untuk membuat penghantaran produk anda kepada customer yang memesan melalui online. Jika anda seorang yang berkelapangan dan ada kenderaan, apa salahnya jika anda sendiri melakukan penghantaran tersebut. Tetapkan caj yang berpatutan mengikut jarak dan kuantiti yang pelanggan pesan.
Strategi Pemasaran Produk Makanan

Perkhidmatan Runner atau Cash On Delivery (COD)
  • Kawasan perumahan. Anda jangan sahaja fokus kepada tempat-tempat yang jauh untuk berniaga. Cuba lihat di sekeliling anda. Terdapat jiran-jiran yang memang suka membeli dan mencuba segala jenis makanan. Apa kata anda jenguk-jenguk di kejiranan anda dan kawasan-kawasan perumahan berdekatan sambil membawa flyers dan berikan info kepada mereka tentang makanan yang anda jual. Aktiviti ini sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.
  • Tempat kerja. Selain bekerja, tidak salah selitkan sedikit adegan pengiklanan bukan? Kenalkan produk kepada rakan sekerja sesama jabatan ataupun jabatan yang lain.
  • Join carboot sale. Pernah buat tak? Kebiasaannya, jualan carboot sale dibuat kerana ianya adalah kelainan dan juga merupakan jalan mudah untuk peniaga yang tiada tapak untuk menjual. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai jualan carboot ini ye. Anda hanya perlu membawa kereta dan produk anda sahaja. Buka bonet, dan jual seperti biasa. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Strategi Pemasaran Produk Makanan
Carboot Sale
  • Jika berniaga, mesti kita ada target siapa pelanggan kita kan? Pernah tak anda terfikir, biasanya yang suka membeli pelbagai makanan adalah pelajar. Tidak dinafikan, pelajar mudah berasa lapar kerana penat memerah otak ketika belajar. Jadi, tempat yang sesuai juga untuk letakkan produk anda adalah di koperasi-koperasi sekolah mahupun di kafe-kafe institusi pengajian awam dan swasta. Gapai peluang ini supaya produk anda mendapat tempat di hati para remaja.

Kesimpulannya, man jadda wajada, siapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan berjaya. Setiap kejayaan perlukan kerajinan. Ikuti strategi pemasaran produk makanan yang telah min senaraikan pada entry kali ini ye. Dah dapat idea dah ke macam mana nak mulakan langkah pertama bisnes anda? Mulakan bisnes tanpa ragu-ragu. Yang paling penting, buang sifat malu jika ingin berjaya. Jom sertai team agent Coastal Dim Sum! Kami guide anda satu persatu.

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera.

Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.