Tips Tingkatkan Hasil Jualan

Tips Tingkatkan Hasil Jualan

Setiap peniaga mengimpikan jualan yang banyak setiap hari. Jualan yang bertambah besar membawa erti pulangan untung yang bertambah banyak kepada bisnes. Namun langit tak selalunya cerah. Ada masa sales turun. Ada masa sales statik ditahap yang sama. Haih macam mana nak pulihkan sales ni. Baiklah harini min kongsikan beberapa tips untuk tingkatkan hasil jualan.

Kenapa sales turun? Kenapa sales gagal naik?

Itu antara soalan yang kami selalu dengar daripada para usahawan atau pemilik bisnes kecil. Nak tahu cara meningkatkan sales bisnes anda? Jom baca selanjutnya

Berikut adalah tips untuk tingkatkan hasil jualan bisnes anda

1) Sasarkan pelanggan sedia ada

Ramai bisnes owner hanya fokus untuk mencari pelanggan baru. Tetapi hari demi hari, kos untuk mendapatkan pelanggan baru semakin tinggi. Daripada menumpukan semua usaha anda pada pemerolehan pelanggan baru, anda harus meningkatkan strategi untuk menjual kepada pelanggan sedia ada.

Jelas sekali itu bagus untuk perniagaan anda jika anda boleh terus mendapat pelanggan baharu. Strategi ini lebih murah untuk mendapatkan pelanggan sedia ada.

Mengapa?

Orang-orang ini sudah biasa dengan jenama anda. Mereka sudah mempercayai anda dan pernah membuat belian dengan anda. Jadi fokus pada cara untuk meningkatkan hubungan anda dengan mereka.

2) Content marketing

Tips Tingkatkan Hasil Jualan

Gunakan content marketing untuk jual secara “soft sell”.
Kenapa? Sebab, penggunaan ad tidak begitu berkesan seperti dulu. Kini, orang ramai selalunya tidak memberi tumpuan kepada ad yang dipaparkan kepada mereka. Malah, mereka juga mempunyai kuasa untuk tutup iklan yang dipaparkan di komputer dan phone mereka.

Jadi, content marketing telahpun menjadi strategi banyak bisnes untuk menguatkan branding dan meningkatkan sales mereka.

Jenis-jenis content yang anda boleh buat adalah seperti FB post, video, infografik, blog dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk makanan seperti Coastal Dim Sum, anda boleh membuat dan post content santai seperti tips pemakanan yang sihat, infografik mengenai cara hidup sihat, dan lain-lain. Itu akan dapat menarik perhatian audiens untuk membaca, seterusnya dapat menarik minat mereka untuk mengetahui tentang produk yang anda jual.

3) Jual Ikut Keperluan Pelanggan

Tips Tingkatkan Hasil Jualan

Selalu beranggapan yang pelanggan hanya akan beli perkara yang mereka perlukan. Bagaimana anda ingin yakinkan pelanggan yang mereka perlukan produk atau servis anda?

Sentiasa fokuskan pada kelebihan produk atau servis anda yang boleh mengurangkan kos perbelanjaan mereka atau menyelesaikan masalah pelanggan.

Mungkin produk anda kosnya agak mahal tetapi bahan yang digunakan tahan lama, berkualiti dan memberi manfaat kepada pelanggan dalam jangka masa panjang. Sentiasa kreatif dalam mencari nilai tambah produk anda yang berguna untuk pelanggan semasa membuat jualan.

4) Follow up pelanggan

Anda juga boleh follow up pelanggan yang sedia ada. Disamping itu boleh dapatkan feedback, apa kata pelanggan yang telah membeli produk anda. Testimoni ini boleh digunakan sebagai ‘senjata’ untuk meyakinkan lagi pelanggan untuk membeli produk anda.

Untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan setia contohnya boleh berikan special offer seperti diskaun, baucer atau free gift untuk mereka repeat order. Apabila dah ada kepercayaan dan keyakinan daripada pelanggan, In shaa Allah pelanggan sendiri yang akan mencari produk anda.

5) Buat servis Cash On Delivery (COD)

Tips Tingkatkan Hasil Jualan

Anda juga boleh membuat servis COD pada customer anda. Peluang yang sangat bagus kerana sekarang ramai customer yang tak dapat keluar membeli makanan dan mereka buat pilihan beli makanan dengan cara menempah dan menerima makanan di tempat mereka. Cara ini juga membantu tingkatkan TRUST dan CREDIBILITY bisnes anda.

Contoh anda boleh menjual dim sum ready to eat. Boleh buat pakej seperti pakej combo makan tengahari, pakej buffet dan sebagainya.

Kesimpulannya, berniaga bukan sekadar membuat duit tetapi ianya adalah satu proses seni memujuk pelanggan untuk mengambil tindakan. Nak dapat hasil jualan yang baik bukan satu perkara yang senang.

Perlu kena banyak trial and error. Cara orang lain berniaga mungkin belum tentu sesuai untuk kita gunakan dengan produk atau servis kita. Oleh itu lakukan dan bertindaklah sekarang sehingga anda mendapat hasil yang anda impikan. Bagi peniaga, paling penting adalah konsisten. Harap dengan tips yang diberi dapat membantu anda meningkatkan jualan anda.

Anda dah baca tips ini? Tunggu apa lagi terus buat dan bertindak. Jangan BERTANGGUH lagi! Mulakan langkah tanpa ragu-ragu.

Ada yang nak join bisnes bersama Coastal Dim Sum? Jom sertai team Coastal sekarang! Kami guide anda satu persatu.

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera.

Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.