Resepi Nasi Dagang Senang

Resepi Nasi Dagang Senang Coastal Delight

Banyak hidangan tradisi yang masih kekal hingga ke hari ini. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran rakyat Malaysia bahkan dari pelancong luar yang melancong di negara kita. Salah satu kegemaran min adalah hidangan Nasi Dagang. Ada yang tak pernah makan nasi dagang ke? Atau dah memang love teruk dengan hidangan ni? 😀 Nasi dagang adalah hidangan tradisi yang begitu popular di negeri negeri Pantai Timur. Tanpa buang masa jom min share resepi Nasi Dagang Senang Coastal Delight Warisan Terengganu.

Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ianya merupakan sejenis makanan tradisional berasaskan nasi yang amat digemari oleh rakyat Malaysia.

Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama sama santan kelapa. Kemudian dihidangkan bersama kuah gulai nasi dagang yang dimasak menggunakan rempah khas. Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dan dipotong. Nasi dagang tak lengkap jika tak dimakan bersama acar timun.

Di Terengganu nasi dagang kebiasaannya dijadikan hidangan sarapan pagi termasuklah dipagi hari raya. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa bagi acara tertentu.

Resepi Nasi Dagang Senang

Sedapnya makan Nasi Dagang Terengganu! Sebut sahaja nasi dagang pasti anda sudah terbayang tekstur nasi yang lembut, digandingkan bersama kuah gulai ikan tongkol yang pekat digaul bersama nasi kemudian ditambah dengan acar masam manis. Dihidang pula diatas daun pisang. Fuh terasa tradisional nya tuh.

Jom tonton cara masak step by step Nasi Dagang Senang Coastal Delight

Dah tonton cara masak resepi Nasi Dagang Senang? Dengan Coastal Delight dah jadi sangat senang nak masak makanan tradisional ni kan. Yang tak pandai masak pun boleh masak.

Teringin nak masak sendiri nasi dagang? Nak pikat hati mertua? Jangan risau, Coastal Delight menawarkan pek lengkap Nasi Dagang Senang (Warisan Terengganu) yang mudah, lazat dan pastinya membuka selera semua! Yang berada jauh di luar Terengganu jangan risau kami boleh hantarkan pek lengkap Nasi Dagang Senang terus ke rumah anda.

Resepi Nasi Dagang Senang

Bagi yang belum tonton Resepi Nasi Mandy Senang dan Resepi Nasi Beriani Senang jemput baca yer. Rugi tak cuba semua Resepi Nasi Coastal Delight ni tau.

Kepada anda yang berminat menjadi agent Coastal Delight atau berminat mencuba Coastal Delight, boleh hubungi kami segera atau whatsapp untuk keterangan lanjut.

Sebarang info call/Whatsapp 0199800769 / 0199170769
FB Page :
Coastal Delight HQ
IG :
coastaldelight_hq

Leave a Reply

Your email address will not be published.