5 Cara Tingkatkan Sales Online

5 Cara Tingkatkan Sales Online

Sales yang banyak setiap hari adalah impian setiap peniaga. Dalam dunia bisnes hari ini, rata rata usahawan memilih untuk menjalankan bisnes secara online, dek kerana sekarang masing masing menitikberatkan penjagaan diri dari wabak Covid-19, dengan membuat pembelian secara online saja. Namun bagi peniaga yang masih ‘stuck’ jualannya, apakah cara tingkatkan sales online?

Sebelum nak buat sales, sebelum nak mulakan bisnes lagi, anda kena betul-betul khatam dan faham skop bisnes anda daripada A sampai Z.

5 Cara Tingkatkan Sales Online

1) Fahami masalah pelanggan

5 Cara Tingkatkan Sales Online

Perlu diingatkan, pelanggan takkan datang pada kita jika mereka tak tahu apa yang kita jual, erti kata lain, pelanggan takkan datang pada kita jika sesuatu produk itu tidak dapat selesaikan masalah mereka.

Pelanggan beli produk sebab nak produk tersebut dapat selesaikan masalah mereka. Anda kena tahu produk anda membantu selesaikan masalah, apakah masalah yang dapat bantu pelanggan anda. Pelanggan akan rebut produk anda jika masalah mereka selesai, mereka takkan runsing fikirkan mengenai masalah itu lagi. Silap silap pelanggan pun akan sentiasa repeat order, seterusnya jadi loyal customer anda.

2) Branding produk

5 Cara Tingkatkan Sales Online

Branding merupakan perkara penting yang akan digunakan bagi pemasaran bisnes. Atau lebih mudah ianya dikenali sebagai identiti.

Sudah tentu anda akan menggunakan pelbagai platform untuk memasarkan produk anda. Platform tersebut memerlukan identiti, yang mana identiti tersebutlah brand produk anda.

Brand yang bagus adalah brand yang selalu disebut di mulut masyarakat yang berpotensi untuk menjadi pelanggan. Pemilihan brand perlu dibuat sebaiknya kerana ianya akan digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Kebanyakan usahawan konfius dalam pemilihan produk. Kalau boleh semua benda nak pamerkan baru nampak betapa banyak produk ada jual di kedai.

Tips penting : Fokuskan dulu pada satu produk utama anda dan seterusnya, baru boleh upsale ataupun teruskan pada next produk dan sebagainya.

3) Testimoni pelanggan

5 Cara Tingkatkan Sales Online

Ini adalah ‘trust tools’ yang paling kukuh dan ‘free’. Bagi bakal pelanggan, mereka tidak mahu menjadi yang terawal membeli sesuatu produk jualan yang belum terbukti menyelesaikan masalah mereka. Jadi kumpulkan video video testimoni ataupun testimoni bergambar dan jadikan rutin anda untuk dapatkan testimoni pelanggan. Bila adanya testimoni pelanggan itu akan lebih meyakinkan lagi pada bakal pelanggan yang lain untuk datang membeli dengan kita.

4) Content/copywriting

Masalah ramai usahawan tidak menguasai teknik copywriting yang power. Tak berjaya tarik pelanggan. Teknik copywriting yang power adalah, boleh menulis masalah pelanggan. Jika kita masih menulis ayat iklan yang syok sendiri, bukan berdasarkan apa yang pelanggan nak, tawaran/iklan kita akan jadi mengarut di mata pelanggan, tidak relevan dan lemah. Seterusnya, menyebabkan bakal pelanggan lari selepas baca tajuk iklan. Bila bakal pelanggan lari, macam mana kita nak dapat sales.

Maksudnya, cara kita menulis akan mempengaruhi mereka untuk beli produk dan ini boleh menaikkan sales kita.

5) Layanan kepada pelanggan

Langkah terakhir adalah menyediakan servis yang terbaik. Letakkan diri anda di tempat pelanggan. Bagaimana anda mahu penjual memberikan khidmat kepada anda?

Sudah tentulah kita mahukan servis yang baik dan laju. Contohnya seperti membalas komen dan whatsapp pelanggan dengan pantas. Ini mampu membuatkan peluang untuk anda close sale sangat tinggi. Bayangkan jika anda menangguh untuk membalas komen dan whatsapp pelanggan anda, sudah tentu mereka akan rasa kecewa dan akan mencari penjual yang lain.

Siapa cepat dia yang dapat. Tingkatkan kualiti servis layanan anda. Berikan yang terbaik buat pelanggan. Dengan servis bisnes yang bagus, mereka berpotensi untuk repeat order dan mencadangkan produk anda kepada rakan rakan mereka pula.

Dalam bisnes online ni nak tingkatkan sales tidaklah susah jika kita ada cara dan ilmu yang betul. Langkah langkah yang min kongsikan ini sangat berkesan jika anda buat dengan sebaiknya.

Jadi anda dah nampak apa yang sebenarnya perlu dilakukan untuk boost sales online anda? Cukup mudah bukan? Apa yang penting anda perlu betul betul faham apa yang pelanggan mahukan dan sentiasa tunjukkan yang bisnes kita benar benar mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai menggunakan beberapa langkah yang telah min kongsikan di atas.

Anda ingin mencari bisnes online yang senang dijual? Yang sentiasa mempunyai permintaan pelanggan?

Coastal Dim Sum HQ kini membuka peluang perniagaan kepada anda yang berminat membuat bisnes secara sepenuh masa ataupun separuh masa. Jom sertai Team Coastal sekarang! Kami bersedia membantu anda. Lihat Pakej Agent 2021 yang menanti anda. Kami akan guide anda satu persatu.

Dengan Coastal Dim Sum, kami memudahkan proses memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan itu lebih mudah untuk dimulakan.

Jom jana pendapatan bersama team Coastal sekarang!

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.