Cara Penyediaan Coastal Dim Sum

Cara Penyediaan Coastal Dim Sum

Macam mana cara penyediaan Coastal Dim Sum? Ada cara tertentu ke? Itu antara soalan yang kami selalu terima. Jadi harini min nak share dulu cara penyediaan Coastal Dim Sum dengan cara yang paling senang okey. In shaa Allah next time min share cara yang berbeza pula.

Dim sum dikenali dengan cara penyediaannya yang sihat iaitu dikukus. Sebab itulah ianya sesuai bagi sesiapa yang dalam proses diet. Dapat kurangkan kalori, juga rendah lemak.

Selain itu dim Sum juga sesuai dihidang sewaktu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Boleh juga dihidang sebagai hidangan utama. Banyak khasiat yang terdapat dalam dim sum. Maka tidak hairanlah ianya menjadi antara menu kegemaran semua.    

Cara Penyediaan Coastal Dim Sum
Sesuai dihidang seisi keluarga

Dari segi penyediaan Coastal Dim Sum ni sangat mudah dan ringkas, iaitu dengan cara kukus. Ada yang kukus menggunakan periuk pengukus biasa, ada yang gunakan pengukus elektrik, dan paling canggih kukus melalui microwave. Harini min kongsikan dengan korang cara yang basic lah yang orang ramai guna.

Langkah 1 :
Keluarkan dim sum dari peti. Kalau rajin, defrost dulu. Kalau tak, boleh kukus dalam keadaan beku je. Bergantung pada tahap kerajinan masing masing ye.

Langkah 2 :
Sementara tu masukkan air kedalam pengukus dan didihkan. Boleh guna pengukus buluh ataupun pengukus biasa. Bergantung pada keperluan masing masing. Letak dan susun Coastal Dim Sum ke dalam pengukus dan tutup pengukus.

Biarkan ianya masak mengikut waktu yang ditetapkan. Sambil tunggu dim sum masak tu, boleh kemas kemas rumah. Jadi takde lah alasan tak cukup masa nak buat kerja lain kan.

Langkah 3 :
Dah siap kukus, ambil pinggan kesayangan anda, dan keluarkan dim sum dari pengukus. Siap untuk dihidang dan dinikmati seisi keluarga.

Min sediakan juga video tutorial sekali yer, nanti senanglah korang nak kukus kat rumah.

Dah tonton macam mana cara sediakan Coastal Dim Sum? Senangkan? Boleh pilih nak kukus menggunakan apa apa pengukus. Lepas ni yang rasa malas nak masak pun boleh sediakan Coastal Dim Sum. Cuma masukkan air secukupnya ke dalam pengukus, susun Coastal Dim Sum, tutup penutup dan tunggu hingga dim sum masak.

Sebenarnya takde cara yang wajib pun untuk sediakan Coastal Dim Sum, cuma jika di kukus terlalu lama, ia akan menjejaskan rasa dan juga tekstur dim sum tersebut.

Oh ye, Coastal Dim Sum ni bukan sahaja dinikmati dengan cara kukus tau, tapi boleh juga dibuat sup, tempura, cucur dan banyak lagi. In shaa Allah next time min share resepi masakan Coastal Dim Sum pula yer. Stay tuned!

Berminat untuk tempahan Coastal Dim Sum? Jom buat tempahan sekarang. Bagi yang nak jana pendapatan bersama team Coastal boleh klik link dibawah yer.

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.