RESEPI DIMSUM BUTTERMILK

RESEPI DIMSUM BUTTERMILK

Hai semua Coastal Dimsum lovers. Sudah lama rasanya min tak kongsikan resepi Coastal kan? Jadi hari ini min akan kongsikan dengan korang Resepi Dimsum Buttermilk. Cara penyediaan Dimsum Buttermilk ini mudah dan rasanya confirm meletup.

Resepi Dimsum Buttermilk
Dimsum Buttermilk

Kebiasaannya dengar orang masak chicken buttermilk, udang buttermilk. Tapi hari ni korang wajib cuba resepi rare ni tau, iaitu Dimsum Buttermilk. Dalam resepi ni min masih masukkan bahan isi ayam cuma kelainan bahan utamanya adalah Coastal Dimsum.

Nak tahu macam mana cara penyediaan dan rasanya? Jom follow min rapat rapat.

Bahan-bahan :-
– Coastal Dimsum (All Chicken Combo)
– Dada Ayam
– Susu cair
– Butter
– Bawang putih dipotong dadu  
– Bawang holland dipotong dadu  
– Daun kari
– Cili Padi
– Secukup rasa
– Garam
– Minyak masak

Bahan untuk tepung salutan dimsum dan ayam :-
– Tepung serbaguna / tepung bestari
– 2 biji telur

Cara penyediaan :-
1. Defrost dimsum
2. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya
3. Celupkan dimsum dan ayam ke dalam bancuhan telur
4. Gaulkan dimsum dan ayam tadi ke dalam tepung serbaguna / tepung bestari
5. Goreng dimsum dan ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan

Cara cara penyediaan buttermilk
1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang holland dan bawang putih
2. Masukkan daun kari, biarkan sehingga naik bau
3. Letakkan susu cair 1/2 tin (jika nak kuah banyak, boleh masukkan susu cair lebih lagi)
4. Masukkan cili padi, secukup rasa dan garam
5. Masukkan ayam dan dimsum, gaul sehingga sebati
6. Akhir sekali masukkan kepingan cheese dan gaul sebati (ini adalah optional ye)

Angkat dan sedia untuk dihidang.

Untuk memudahkan korang, min sertakan sekali video team Coastal masak Dimsum Buttermilk. Selamat mencuba!

Haa macam mana dah terliur ke tengok Dimsum Buttermilk resepi Coastal Dimsum ni? Mommy wajib try resepi ni tau. Sangat sesuai untuk menu sekeluarga terutamanya anak anak. Confirm bertambah tambah makannya.

Banyak lagi resepi terbaru Coastal yang akan min kongsikan selepas ini. Stay tuned gais!

Nak tempah Coastal Dimsum? Berminat untuk jana pendapatan bersama team Coastal? Boleh klik link dibawah.

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.