Assalamualaikum, hai peminat Coastal. Sekejap je dah masuk bulan kedua tahun ni. Semoga tahun 2023 lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Min doakan agar kita semua capai segala yang dihajatkan tahun ini. Aaamin. Kalau masuk tahun baru, biasanya apa soalan yang biasa orang tanya? AZAM. Ye azam. Semua ada azam, beza capai dan tak capai je. Coastal pun ada azam tau tapi kami panggil azam tu sebagai Halatuju. Setiap tahun kami sentiasa ada visi dan misi untuk membantu para suri rumah ataupun yang sedang bekerja menjana pendapatan bersama team Coastal. Entri kali ini, min nak kongsikan Halatuju 2023 Coastal. Jom baca.
Dalam bisnes anda perlu tahu hala tuju dan apa yang anda nak capai. Buat bisnes tanpa hala tuju, ibarat anda memandu kereta tapi tak tahu ke mana destinasi yang nak dituju. Tetapkan Visi, Misi dan Objektif dalam syarikat supaya anda jelas apa yang nak dicapai dan anda boleh susun gerak kerja untuk capai impian tersebut. Orang yang tahu apa hendak di capai, lebih mudah capai apa yang dia tahu. Ini min kongsikan visi dan misi Coastal 2023.
Visi HQ : Coastal Selamanya Dihati Pelanggan
Visi Team Coastal : Pelanggan itu Emas
Misi Team Coastal : Menangi Hati 1000 Pelanggan
Mengapa fokus kepada PELANGGAN? Tips untuk para agent semua, ketahuilah bahawasanya kos untuk mendapatkan pelanggan zaman sekarang semakin tinggi. Bila dah dapat pelanggan, jangan abaikan mereka, tukarkan pelanggan kepada pelanggan setia kerana persaingan juga semakin tinggi. Maka, sayangilah pelanggan anda.
Mengapa misi untuk menangi 1000 PELANGGAN? Bila pelanggan dh semakin ramai, jadi anda dapat membina asas perniagaan yang ‘sustainable’ kerana pelanggan sedia ada datang ‘repeat’ setiap masa. Selain itu, kos pemasaran menjadi lebih rendah dan branding menjadi lebih kukuh.
Ini antara strategi untuk capai misi 2023 :
1. Fokus kepada local market (10km radius)
2. Paid marketing (FB/IG/TT)
3. Personal branding supaya pelanggan kenal ANDA
4. Tiktok Marketing
5. Penyimpanan database yang sistematik
6. Follow up pelanggan berjadual
7. Dapatkan feedback pelanggan sebanyak yang mungkin
8. Sistem referral (pelanggan mendapat reward/gift jika refer kawan mereka kepada anda)
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk agent-agent di luar sana khususnya agent Coastal. Selamat maju jaya min ucapkan pada semua pada tahun 2023 ini. Ingat ye, teruskan berusaha, fokus dan konsisten untuk mencapai halatuju anda.
Yang nak risik-risik produk kami atau yang berminat nak sertai team kami, boleh terus pm kami okay.
Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera.
Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ