Ada siapa di sini yang sedang dalam perancangan untuk berniaga terutamanya dalam bisnes makanan? Tapi tak tahu bagaimana untuk memulakannya? Di sini min kongsikan beberapa tips bagaimana memulakan bisnes makanan.
Industri makanan adalah perniagaan yang paling gemar diceburi. Ianya merupakan pilihan utama bagi mereka yang mahu mulakan perniagaan. Permintaan terhadap makanan sentiasa tinggi sepanjang masa. Kerana makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia.
Kini ramai yang sudah mula berniaga makanan dari rumah dengan konsep food delivery. Sebenarnya, perniagaan makanan sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh dan grow dengan lebih cepat lagi, tidak kiralah berniaga makanan yang telah siap dimasak ataupun makanan sejuk beku.
Ramai yang tidak tahu bahawa makanan sejuk beku adalah salah satu perniagaan yang mempunyai permintaan tinggi dan risiko kerugian yang rendah. Antara makanan sejuk beku yang popular adalah karipap frozen, dim sum frozen, roti canai frozen, pau frozen, popia frozen dan banyak lagi.
Salah satu kelebihan makanan sejuk beku adalah ia tidak menjadi masalah jika seharian tidak habis dijual kerana ia tidak akan rosak selagi belum dimasak.
Teruskan mengorak langkah pertama menjadi seorang usahawan perniagaan makanan dari rumah! Untuk permulaan, anda boleh mula berniaga dari rumah dengan sebuah chiller. Bila jualan dah stabil, barulah fikirkan untuk menambah aset seperti freezer.
Bagi anda yang sedang fikirkan bagaimana untuk memulakan bisnes makanan, min senaraikan beberapa tips untuk anda.
Kenalpasti makanan apa yang ingin dijual
Pertama sekali perkara yang perlu anda lakukan adalah tentukan jenis makanan yang ingin anda jual dan kenalpasti terlebih dahulu produk yang mendapat permintaan pasaran yang tinggi. Seperti yang min katakan tadi, bisnes makanan ni ada yang boleh dijual secara frozen ataupun ready to eat seperti Coastal Dim Sum ni. Dan yang penting jangan jual produk bermusim.
Rancang bisnes anda dengan teliti
Perancangan yang rapi membolehkan anda mempunyai panduan dalam mengendalikan hala tuju perniagaan anda baik dari segi masa sekarang atau masa depan. Jika anda membuat perniagaan dari rumah, kaedah yang paling efektif untuk digunakan adalah melalui alam maya, anda mungkin boleh membina sebuah laman web atau akaun di media sosial seperti FB, Instagram, Whatsapp bagi mempromosikan dan menguruskan perniagaan anda tersebut.
Lakukan ‘research’ secukupnya sebelum memulakan perniagaan anda
Pastikan anda buat kajian dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Modal yang besar tidak menjanjikan keuntungan juga besar.
Kenali kemampuan anda dan belajar juga strategi perniagaan dengan menghadiri kelas kelas marketing dan kelas pengurusan bisnes. Bermulalah dengan modal yang kecil atau guna dahulu sumber yang ada di sekeliling dan belajar selok belok perniagaan dahulu barulah memulakan perniagaan terutamanya perniagaan berskala besar.
Rancang tempat dan lokasi perniagaan
Walaupun anda beroperasi dari rumah, anda tetap juga harus mengambil serius terhadap bisnes makanan anda dengan cara menyediakan ruang yang betul bagi memasak dan menyediakan makanan yang ingin dijual. Jika anda menjual makanan yang siap dimasak, sediakan ruang khas untuk menyediakan makanan yang hendak dijual bagi menjaga kualiti dan kebersihan makanan tersebut.
Gunakan kuasa viral dan viralkannya!
Kuasa viral adalah cara memulakan perniagaan makanan yang sangat berkesan. Dengan viralkan perniagaan makanan anda, pasti ramai yang akan kenal dan berminat membeli makanan anda.
Selain itu, anda juga boleh mulakan dengan cara ‘teaser’, war warkan tentang harga promosi pengenalan dan mula perkenalkan menu anda. Dengan ini orang akan tertunggu tunggu produk makanan yang anda jual. Dah lah tak perlukan apa apa bayaran pun untuk mempromosikan produk, cuma post sahaja gambar produk makanan yang anda jual di media sosial. Untung sangat kan!
Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan makanan secara sejuk beku dan membantu menambahkan pendapatan anda.
Coastal Dim Sum kini membuka peluang perniagaan kepada anda yang berminat membuat bisnes. Jom sertai Team Coastal sekarang! Kami akan guide anda satu persatu. Klik link dibawah untuk info lanjut.
Whatsapp 0199800769 / 0199170769
dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum
HQ
Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent