Jumbo Dumpling

Jumbo Dumpling

APA DAH JADI DENGAN COASTAL DIM SUM?!! DAH STOP BERNIAGA KE?

Eh, mestilah tidak!!! Malah kami ada tambahan produk tau…sori la min dh lama tak update kat sini..
Rindu ye nak tau perkembangan kami?

Apa produk baru tu min? Haa, jom la kita berkenalan…Ini dia produk baru kami, Jumbo Dumpling!
Dumpling ni sekufu dengan dim sum, kegemaran semua orang akan tetapi saiz, bentuk dan rasa dia lain, tak sama macam dim sum. Kenapa jumbo? Jumbo ni maknanya besar. Memang besar tau saiz dumpling ni.

Jumbo dumpling ade 5 perisa yang berbeza. Semua sedap dan menarik. Dumpling mudah nak ingat sebab warnanya yang menarik dan berbeza mengikut perisa tapi 1 pek 1 perisa sahaja. Dalam 1 pek ada 10 biji dumpling. Kualiti dumpling dari Coastal sangat premium! Mari kita tengok perisa – perisa yang ada.

Dumpling Ayam
Sekarang isu ayam tengah mahal kan? Haaa, apa kata kita tukar makan dumpling ni pulak? Dumpling ayam diperbuat 100% dari isi ayam yang sangat padat. Kulit dumpling ayam berwarna kuning. Terasa manis ayam segar. Sangat sedap dimakan begitu sahaja atau digoreng rangup.

Jumbo Dumpling
Dumpling Ayam

Dumpling Otak – Otak
Pernah rasa otak-otak Johor? Dumpling ni diperbuat daripada campuran isi ayam dan udang bersama pes otak-otak yang sangat sedap. Rasa yang unik macam rasa otak-otak sebenar, tak kalut dah nak pergi cari otak-otak sampai johor. Tak percaya? Kena la rasa dulu, min taknak overclaim pulak nanti. Hehehe…

Jumbo Dumpling
Dumpling Otak- Otak

Dumpling Sotong
Siapa je yang tak suka sotong kan? Tapi kalau makan sotong je mesti tak kenyang kan. Jom la cuba dumpling sotong ni. Terasa seperti makan sotong fresh bukan flavor sotong. Sedap dan kenyang!

Jumbo Dumpling
Dumpling Sotong

Dumpling Udang
Haa, yang ni hotselling tau. Penggemar seafood pasti suka dengan dumpling ni. Dumpling udang diperbuat 100% dari isi udang yang padat. Perisa udang terasa ketulan-ketulan udang segar yang sungguh mewah. Rugi tak beli!

Jumbo Dumpling
Dumpling Udang

Dumpling Kuchai
Kalau korang peminat sayur-sayuran, jangan risau tau. Kami ada dumpling perisa kuchai juga. Makan dumpling perisa kuchai ni, korang akan dapat khasiat yang seimbang sebab ada sayuran dan campuran isi ayam dan udang yang padat sebagai protein dalam dumpling ni.

Jumbo Dumpling
Dumpling Kuchai

Oh ye, dumpling ni boleh dikukus seperti dimsum, tapi kalau nak goreng pun sedap juga. Korang akan rasa kulitnya rangup dan lembut di dalam. Nak letak dalam sup pun boleh, jadikan dumpling sebagai satu menu sihat untuk keluarga.

So, dah buat pilihan ke belum? Eh, tak payah pilih la, beli je semua. Min gerenti korang takkan menyesal sebab semua perisa dumpling ni sedap, berbaloi beli!

Kepada yang berminat nak jual pun boleh, jom la join agent kami!

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.