Mengapa perlu ada side income

Mengapa Perlu Ada Side Income?

“Mengapa perlu ada side income sendiri?“

Mesti korang sering terfikir-fikirkan? Memiliki hanya satu sumber kewangan atau pendapatan adalah sangat tidak selamat. 25 haribulan atau hujung bulan, tentu ramai yang tersenyum gembira kerana gaji sudah masuk ke akaun bank masing-masing. Tak sampai seminggu, habis licin dah gaji tu. Penatkan hidup macam ni? Menabung pun tak dapat. Habis buat bayar bil, hutang-piutang dan makan minum je. Keluarlah dari zon selesa tu untuk bebas dari masalah kewangan. Kali ni saya nak kongsi apa rasionalnya mempunyai side income. Ini antara sebab mengapa perlu ada side income mulai sekarang.

1. Ekonomi Meleset

Mengapa Perlu Ada Side Income?
Ringgit berada di bawah tekanan semasa dagangan hari ini

Malaysia perlu bersedia dengan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi global sekarang ini. Boleh dikatakan tahun 2022 serba mencabar juga untuk kembali bernafas semula dalam proses pemulihan ekonomi pasca-COVID-19. Ekonomi keluarga juga perlu dijaga. Keseluruhan ekonomi diramal akan bergerak perlahan pada tahun depan serta perbelanjaan dijangka lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ramai pakar kewangan menyarankan supaya mempunyai 3 hingga 6 bulan simpanan perbelanjaan untuk menampung kehidupan jika berlaku kecemasan seperti kegawatan ekonomi. Terbaru, pada akhbar 3 Nov, ringgit jatuh ke tahap terendah dalam sejarah. Tidakkah anda rasa side income ini adalah antara langkah bijak sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi sekarang? Fikir-fikirkan.

2. Harga Barang Meningkat

Sejak isu kenaikan harga barang terutamanya bahan mentah termasuk ayam, sayur dan telur ayam sekali gus menjadi antara topik yang agak hangat diperkatakan di media sosial. Kenaikan harga barang keperluan utama dapur ini sememangnya memeranjatkan kita sebagai pengguna. Peniaga juga dalam dilema kerana jika mereka menaikkan harga makanan dimana ramai pengguna akan terbeban dan tidak mahu membelinya.

Kenaikan harga barang – Keratan akhbar Julai 2022

Tidak cukup dengan kenaikan harga pada barang basah, rakyat Malaysia juga mungkin bakal berdepan dengan peningkatan harga sehingga 60% pada alat ganti kenderaan untuk semua kelas. Boleh dikatakan semua barang makan naiklah senang cerita. Sebagai pengguna, dinasihatkan untuk mula hidup berjimat cermat dan lakukan perancangan kewangan yang baik dan teratur demi kelangsungan hidup pada masa hadapan.

3. Gaji Yang Tak Naik

“Aku dah lama kerja tapi gaji tak naik-naik!” Korang pernah tak disituasi ini? Korang dah bekerja bertahun-tahun tapi gaji tak naik-naik. Kos hidup bertambah, anak pun dah bertambah dan nak bersekolah. Dalam kepala mesti ligat berfikir macam mana nak tambah pendapatan kan? Harapkan satu sumber pendapatan memang tak cukup la jawabnya. Nak-nak rakan sekerja dah berpindah tempat kerja dan beban kerja makin bertambah kerana perlu cover kerja-kerja yang tertangguh. Penat betulkan. Kerja semakin bertambah, tanggungjawab makin naik tapi gaji tak naik-naik. Hidup makin tertekan. Kesimpulannya, jangan kita harapkan gaji semata-mata, entah bila akan naik pun kita tak tahu. Jangan buang masa, teruskan bertindak demi masa depan kita dan anak-anak.

4. Belanja Semakin Meningkat

Mengapa Perlu Ada Side Income?
Antara barang-barang keperluan

Korang tengok eh. Perbelanjaan sekarang sangat mencabar. Kos untuk memenuhi keperluan sehari-hari pun dah mencatu apatah lagi kos untuk memenuhi kehendak diri sendiri dan anak-anak. Lagi-lagi kalau ada keluarga yang besar dan anak-anak yang ramai untuk ditampung. Mesti kos keperluan harian, makan minum, lampin anak, bil-bil dan sekolah anak-anak makin bertambah. Biasanya pendapatan kita sebulan habis kat sini je kan. Tabungan tak payah cakap lah, kejap ada kejap tak.

Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri juga mengumpulkan data kemiskinan berdasarkan sistem eKasih. Setakat 31 Julai 2022, kira-kira 136,923 isi rumah adalah miskin tegar dan 308,699 isi rumah dalam kategori miskin. Ramaikan yang susah sekarang. Kegawatan ekonomi yang tidak menentu sekarang telah menekan kita untuk tidak bergantung hanya dengan satu sumber pendapatan. Langit tidak selamanya cerah. Roda pun ada putarannya. Daripada merungut lebih baik anda mula mencari side income untuk menambahkan pendapatan demi kehidupan diri dan keluarga yang lebih terjamin.

Ketahuilah Coastal Dim Sum HQ sentiasa membuka peluang untuk mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan. Pilihan ada di tangan anda. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Nak join kami? Tekan link di bawah segera!

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera.

Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.