Coretan Coastal Dim Sum 2017

Selamat tinggal 2017 yang penuh indah. Selamat datang 2018, kami doakan 2018 membawa warna warna yang lebih indah dalam lakaran lukisan perjalanan perniagaan kami. Insha Allah.

Alhamdulillah, 2017 hampir melabuhkan tirainya. Terima kasih Allah atas rahmatNya melimpah rezeki yang berterusan seperti air sungai mengalir tanpa henti. Sungguh 2017 merupakan tahun yang penting bagi Coastal Dim Sum. Pelbagai kenangan pahit dan manis kami lalui dalam memberikan yang terbaik kepada Coastal Dim Sum.

Entry kali ini kami nak share coretan Coastal Dim Sum sepanjang 2017 untuk tatapan kita bersama.

Coastal Dim Sum 2016

Coastal Dim Sum bermula pada Oktober 2015. Kami bermula biasa biasa sahaja. Ketika awalnya, bungkusan kami hanya plastik bertampalkan sticker biasa. Ketika itu kami sediakan 5 pilihan combo iaitu Combo A, Combo B, Combo C, Combo D dan Combo E (fuh berpeluh tengok banyak sangat combo kan 😂 ?

 

Masuk awal 2017, kami review semula combo yang paling digemari dan memilih 3 yang paling top. Tiga combo yang kami pilih ialah All Chicken Combo, All Seafood Combo dan Mixed Combo.

Melihat produk Coastal Dim Sum semakin mendapat sambutan, kami mula fikir untuk upgrade ‘paras rupa’ Coastal Dim Sum kepada rupa yang baru yang lebih matang dan dapat pergi lebih jauh.

Mac 2017 Coastal Dim Sum keluar dengan imej baru. Coastal Dim Sum yang baru telah mendapat pengiktirafan Halal oleh Jakim dan badan badan yang berkaitan.

Coastal Dim Sum masih mengekalkan 3 top combo yang digemari ramai dan masih mengekalkan kualiti rasa premium seperti sajian di hotel 5 bintang. Itulah faktor utama yang menjadikan Coastal Dim Sum sangat digemari ramai pelanggan.

 

Yang pastinya, Coastal Dim Sum menyediakan penghantaran terus ke rumah anda. Untuk tempahan, hubungi

09 6222 844 atau 019 980 0769

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.