Riang Ria Bersama Coastal Dim Sum

Riang Ria Bersama Coastal Dim Sum

Musim cuti sekolah sudah tiba! Ibu bapa semua mesti dah ada plan untuk anak-anak kan. Cuti sekolah bagaikan ‘hari raya’ buat anak-anak yang sentiasa sibuk dengan aktiviti persekolahan mereka. Jadi apa kata ibu bapa jadikan cuti sekolah yang panjang kali ini sebagai waktu riang ria bersama Coastal Dim Sum untuk mereka.

Mesti ramai yang tertanya apa kaitan Coastal Dim Sum dengan cuti sekolah pula ye?

Eh mestilah ada kaitannya. Kanak-kanak pun suka makan dim sum tau. Jangan tak percaya pula ye, Coastal Dim Sum sangat bagus untuk kanak-kanak. Coastal Dim Sum ni persis seperti nugget tetapi jauh berbeza dengan fast food.

Riang Ria Bersama Coastal Dim Sum
Kanak-kanak sangat menyukai Coastal Dim Sum

Okey min nak kongsikan antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah.

Bagi keluarga yang tinggal di kota, boleh bawa anak-anak pulang bercuti di kampung. Jika mahu bercuti di dalam negara pun banyak tempat-tempat menarik sebenarnya. Ia dapat membuka minda mereka melihat dunia luar yang berbeza selain melawat tempat-tempat bersejarah, taman tema dan sebagainya. Jangan lupa selitkan Coastal Dim Sum sebagai bekal di dalam perjalanan anda nanti. Jika destinasi jauh tak ada lah anak-anak merungut lapar nanti kan.

Hanya kukus siap-siap, sertakan sekali bersama sos dim sum, cuma cicah dan ngapp saja. Tersangatlah simple Coastal Dim Sum ni kan. Mudah dan kenyang.

Selain itu boleh juga nikmati keindahan alam sambil menikmati Coastal Dim Sum. Contohnya bawa anak-anak berkelah di air terjun, pantai atau tasik yang boleh mendekatkan anak-anak dengan alam semula jadi.

Riang Ria Bersama Coastal Dim Sum
Aktiviti riadah bersama keluarga

Ibu bapa boleh mengisi masa terluang dengan anak-anak di rumah dengan aktiviti memasak bersama. Inilah peluang untuk anda rapatkan hubungan kekeluargaan. Bila di rumah anak-anak mesti kebosanan dan sentiasa lapar je kan. Waktu inilah ibu bapa perlukan stok Coastal Dim Sum dirumah. Lagi bagus jika anak-anak mahu belajar memasak. Mungkin itu boleh dijadikan sebagai hobi mereka. Mana tahu suatu hari nanti mereka menjadi chef terkenal kan. Yang penting ibu bapa haruslah mengawal keadaan didapur ye. Al maklumlah chef cilik yang mahu masak kan 😀

Riang Ria Bersama Coastal Dim Sum
Aktiviti memasak bersama membantu mengeratkan silaturahim
Riang Ria Bersama Coastal Dim Sum
Nikmati Coastal Dim Sum bersama tersayang

Kesimpulannya Coastal Dim Sum sebenarnya sangat sesuai dinikmati sekeluarga. Ianya sangat senang disediakan dan mudah dibawa. Anak-anak pun mesti tersenyum riang kerana dapat menikmati Coastal Dim Sum. Ibu bapa pula pasti puas hati dapat memenuhi permintaan anak-anak mereka.

Untuk maklumat lanjut boleh terus whatsapp kami 0199800769/0199170769. Dan team kami akan hubungi anda. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.