Kesilapan Dalam Marketing Bisnes

Kesilapan Dalam Marketing Bisnes

Marketing adalah proses penting dalam sesuatu perniagaan. Tak kiralah sama ada perniagaan anda baru nak mula ataupun dah lama berniaga, sebagai usahawan anda tak boleh ambil mudah soal marketing. Teknik digital marketing yang anda gunakan sekarang mungkin membuang masa, tenaga, dan wang ringgit jika anda masih membuat kesilapan dalam marketing bisnes anda.

Apa yang berlaku, bila seseorang usahawan pandang ringan tentang marketing. Pelanggan akan mula tidak nampak bisnes anda dan mula mencari peniaga lain yang boleh bantu selesaikan masalah mereka. Yelah nak berniaga pun perlu ada marketing. Kalau tak ada marketing bagaimana bakal pelanggan nak tahu tentang kewujudan produk kita. Betul tak?

Jadi kenalpasti apa kesilapan dalam marketing bisnes yang mungkin anda pernah ataupun sedang lakukan :

1. Terlalu fokus kepada satu media sosial sahaja

Kesilapan ini ramai usahawan tidak sedar. Mereka terlalu fokus dengan satu medium sahaja apabila menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran. Contohnya hanya bergantung kepada facebook sahaja atau instagram sahaja. Kita perlu ingat semula yang tujuan pemasaran adalah untuk buat orang nampak produk kita. Jadi manfaatkan kemudahan media sosial lain. Sepatutnya kita kena buat orang nampak kita dihampir semua medium.

2. Hashtag Tak Relevan

Ramai pemilik bisnes buat silap dengan letakkan hashtag yang tak relevan langsung dengan apa yang mereka promote.

Jangan sesekali gunakan hashtag tiada kaitan dengan bisnes anda. Anda digalakkan guna hashtag yang relate dengan bisnes anda, ataupun keywords penting dalam niche anda.
Contohnya, anda jual produk makanan frozen seperti Coastal Dim Sum. Jadi letakkan hashtag yang berkaitan dengan dim sum seperti #coastaldimsum #dimsumfrozen #dimsumhalal

3. Tak Konsisten
Tak konsisten disini bermaksud anda tak konsisten dalam posting. Untuk konsisten, anda wajib post di media sosial setiap hari. Sekurang kurangnya 2 atau 3 kali sehari. Jika tak sempat sekalipun, post lah satu kali sehari. Pastikan juga post content yang menarik dan tidak terlalu panjang untuk bakal pelanggan anda baca.

Konsisten sangat penting untuk bisnes anda. Tak percaya? Anda kaji sendiri. Cuba anda tidak post seminggu dengan anda post konsisten seminggu. Dan lihatlah hasilnya.

4. Visual Low Quality

Bila upload gambar di mana mana media sosial khususnya di instagram, anda kena betul betul masukkan gambar atau video yang high quality. Tak semestinya anda perlu guna kamera yang canggih sampai beribu tu pun. Guna camera smartphone pun dah okey. Sekarang ni banyak apps editing di smartphone yang boleh gunakan. Anda boleh edit supaya ianya nampak lebih menarik dan high quality. Semuanya bergantung pada kreativiti anda sendiri.

Untuk bisnes Coastal Dim Sum ni, HQ dah sediakan lebih 800 edited photos untuk agent agent berdaftar. Mereka tak perlu susah susah nak edit lagi. Hanya gunakan gambar yang Hq berikan dan boleh terus promote di media sosial masing masing. Senang kan!

Kesilapan Dalam Marketing Bisnes
Antara gambar yang Hq sediakan. Semua dah siap edit. Agent agent cuma copy dan boleh gunakan bila bila masa sahaja.

5. Tak Respon Pada Komen
Ni WAJIB anda buat, untuk bina relationship, engagement dan trust, anda perlu engage dengan audiens anda. Jangan biarkan komen yang ditinggalkan dengan krikk krikk. Perlu respon di setiap komen yang audiens anda tinggalkan. Engagement marketing sangat penting dalam zaman digital marketing. Jika anda tak buat, anda akan ditinggalkan oleh pesaing.

6. Tiada pemasaran offline
Walau penting sekalipun pemasaran online sekarang, jangan sesekali lupakan teknik pemasaran offline. Pemasaran online dan offline tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat satu pakej. Contohnya untuk bagi orang nampak website atau page kita, mungkin kita boleh tulis fb page, IG atau nombor telefon kita di banner, bunting, business card atau flyer. Gabungan offline dan online akan lagi memudahkan pelanggan untuk mencapai dan mengenali produk kita.

Salah satu kunci kejayaan sesebuah perniagaan adalah bergantung kepada pemasaran. Semoga info yang dikongsikan ini dapat membantu anda yang masih buntu kenapa marketing belum berhasil dan meletop.

Nak mulakan bisnes bersama Coastal Dim Sum? Jom sertai Team Coastal dan kami akan guide anda satu persatu. Klik link dibawah untuk info lanjut.

Whatsapp 0199800769 / 0199170769 dan Team kami akan hubungi anda dengan segera. Juga boleh lawati FB Page kami Coastal Dim Sum HQ

Klik link wasap untuk keterangan lanjut http://wasap.coastaldimsum.com/BlogAgent

Leave a Reply

Your email address will not be published.