Sarapan Ringkas Tamagoyaki Bersama Dim Sum

Sarapan Ringkas Tamagoyaki Bersama Dim Sum

Siapa kat sini yang suka makan makanan Jepun tapi ragu ragu nak masak? Okay harini min nak kongsikan resepi Sarapan Ringkas Tamagoyaki bersama Dim Sum. Korang pernah makan Tamagoyaki atau dalam bahasa Inggerisnya egg roll? Menu ni boleh buat di rumah. Ianya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan yang paling penting senang saja nak buat.

Untuk masak tamagoyaki ni ada kemahirannya. Kena flip atau gulung telur betul betul masa memasak, baru menjadi! Sebab biasanya ia dimasak menggunakan kuali khas. Tapi min gunakan kuali yang biasa min guna hari hari tu je. Elok saja rupanya 😀 .Oh ye walaupun ada tamagoyaki tapi breakfast min tak lengkap tanpa Coastal Dim Sum tau.

Jom lihat apa bahan bahan yang min gunakan :
– 5 biji telur
– Bawang holland
– Lobak merah
– Cili merah
– Daun sup
– Garam dan gula
– Minyak masak

Okay jom kita start :
1) Pecahkan 5 biji telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

2) Masukkan lobak merah, daun sup, bawang holland dan cili merah yang telah dipotong halus. Pukul adunan dengan perlahan.

3) Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tuangkan adunan telur sedikit sahaja terlebih dahulu.

4) Biarkan sehingga bahagian bawah telur masak dan gulungkan menggunakan chopstick ataupun sudip yang sesuai.

5) Gulung telur sedikit demi sedikit sehingga ke hujung. Kemudian masukkan lebihan adunan telur tadi, lakukan step yang sama sehingga adunan telur habis.

6) Bila dah siap, potong telur mengikut kreativiti.

Sarapan Ringkas Tamagoyaki Bersama Dim Sum
Inilah rupa Tamagoyaki. Min hidangkan bersama Coastal Dim Sum.

Resepi ringkas ni bukan saja sesuai untuk dimakan oleh orang dewasa malah kanak-kanak juga boleh makan! Boleh juga dimakan bersama dim sum dan nikmati seisi keluarga.

Untuk lihat cara penyediaannya, boleh tonton di Youtube channel kami. Jangan lupa tulis resepi tau. Selamat mencuba!

Jika ada sebarang cadangan tentang menu dim sum, boleh tinggalkan di ruangan komen dibawah, juga boleh visit Page kami Coastal Dim Sum HQ ataupun whatsapp 0199800769 / 0199170769.

Leave a Reply

Your email address will not be published.