Kisah Pengalaman Team Coastal

Kisah Pengalaman Team Coastal

Kali ini min nak share mengenai kisah pengalaman Team Coastal yang terpilih iaitu Puan Yunzi. Sebelum ini, pada tahun 2018, kami pernah berkongsi kisah bisnes Puan Yunzi disini. Terkini, Puan Yunzi berkongsi kisah ataupun pengalaman beliau sepanjang dalam bisnes Coastal Dim Sum.

Puan Yunzi mula menyertai bisnes Coastal Dim Sum pada Jun 2017. Sebelum mula berniaga, kehidupan beliau sama seperti kebanyakan orang lain yang keluar awal pagi dan balik lewat petang. Cukup bulan dapat gaji, hanya cukup cukup untuk bayar komitmen bulanan dan belanja untuk makan minum. Pada masa tu agak sedih kerana tak dapat berikan duit bulanan kepada mak ayah, takde saving dan paling risau apabila pekerjaan hakiki waktu itu ada ura ura nak berhentikan pekerja.

Masa tu Puan Yunzi cuba mencari beberapa peluang perniagaan namun tidak yakin untuk mula berniaga kerana beliau langsung tiada basic dan pengalaman berniaga.

“Perasaan mula-mula nak berniaga Coastal Dim Sum memang sangat takut. Takut bukan apa, takut tak ada orang nak beli. Dah la tak pernah makan dim sum, ini nak jual pulak. Saya cuba la order sekali  untuk makan sendiri sebelum decide nak jadi agent. Rupanya sedap sangat sangat dan yang penting HALAL. Suami pun suggest supaya berniaga Coastal Dim Sum ni.

Bila dah bincang dengan suami, dia suggest supaya bermula dengan pakej agent paling rendah iaitu 15pack pada masa tu. Modal permulaan pun tak besar sangat, itu pun sampai tak tidur malam sebab takut tak ada orang nak beli 😅. Saya cuba la promote di sosial media seperti di Facebook, di status Whatsapp dan juga rakan rakan pejabat. Rupanya ramai yang suka makan dim sum ni.  Dalam masa yang sama, siap ada yang nak join jadi agent. Saya terus tambah lagi order jadi 30 pek. Padahal peti tak muat pun. Peti yang ada waktu tu cukup untuk muat 15 pek. Waktu tu, saya buat preorder, stock Coastal Dim Sum sampai je depan pintu rumah, saya terus buat COD.

Alhamdulillah dalam masa 3 hari, licin habis 30 pek tu. Lepas tu saya kumpul order lagi, tengok tengok dapat preorder 50 pek Coastal Dim Sum.  Wahhh biar betul 50 pek! Sama macam sebelum ni, stok sampai je depan pintu, saya terus buat COD. 50pek Coastal Dim Sum licin dalam masa beberapa jam 😍. Sebelum ni, nak order 15 pek pun takut yang amat. Takut stock terperap dalam peti, takut akhirnya saya dan suami je makan sendiri. Tapi saya sangat gembira kerana permintaan Coastal Dim Sum tak pernah surut. Pelanggan sedia ada sentiasa repeat beli setiap bulan. Pelanggan baru pun semakin bertambah.

Coastal Dim Sum sentiasa mendapat permintaan.
Kisah Pengalaman Team Coastal
Agent di bawah beliau terus meroket setiap bulan.

Sampai la terfikir untuk saya simpan juga stock kat rumah sebab asyik sold out je memanjang. Masa tu, perasaan takut dan risau dah tak ada dah, perasaan tu dah bertukar jadi super excited sebab jualan laku macam goreng pisang panas.Seronok jual Coastal Dim Sum ni dan saya invest beli sebuah freezer yang dapat muat dlm 180 pek. Oklaa tu cukup cukup dengan bajet waktu itu. Lagipun rezeki bila puan founder offer upgrade ke Pakej Stokis area KL/Selangor. Untuk pengetahuan, pakej stokis Coastal Dim Sum memang tidak dibuka kepada umum pada masa tu. Pihak HQ hanya invite kepada agent yang layak sahaja.

Ya Allah tak sangka baru daftar agent bulan Jun 2017, bulan Ogos dah jadi stokis Coatsal Dim Sum. Bulan itu juga, ada lagi extra rezeki kerana HQ umumkan REWARD. Untuk belian 350pek, dapat reward handbag berjenama Carlo Rino. Wah beg Carlo Rino pink pulak tu, bukan beg biasa biasa. Tapi hati ni rasa boleh ker qualify? Baru je 2 bulan jual Coastal Dim Sum. Tengok rakan rakan team yang dah senior, yang dah lama ceburi bisnes Coastal Dim Sum ni mesti mereka lebih layak.Tapi saya kuatkan semangat dan berusaha juga untuk fight. Alang alang orang nak bagi free kan? 😊

Rezeki Allah Maha Luas, bulan Ogos paling ramai yang nak cuba dimsum ni. Terima order dari whatsapp tak putus putus setiap hari. Dalam sehari, mesti ada order masuk at least 3 atau 4 pek. Masa HQ announce pemenang reward handbag Carlo Rino, saya saya terkejut qualified dengan belian 355 pek. Bulan pertama jadi stokis terus qualify reward.  Alhamdulillah syukur pada Allah.

Dari bulan ke bulan, jumlah jualan saya meningkat mencecah sebulan 700 pek sebulan. Bulan December ni, Allah luaskan lagi rezekiNya. Saya dapat masukkan Coastal Dim Sum ke outlet outlet pula.

Sekarang isu frezeer kembali berulang. Kali ni, freezer yang ada tak cukup ruang untuk simpan Coastal Dim Sum. Namun semua itu tidak mematahkan semangat saya. Bagi saya semua itu tandanya bisnes makin maju. Kini saya mempunyai 4 buah freezer yang dapat muatkan 1200 pek dim sum dalam satu satu masa.

Kisah Pengalaman Team Coastal
Executive Partner Selangor, Puan Yunzi

Sepanjang berniaga Coastal Dim Sum selama 4 tahun, terlalu banyak pencapaian dan perubahan hidup saya. Kalau dulu saya tidak ada simpanan tetap secara konsisten setiap bulan, kini saya dah ada simpanan tetap. Kini saya juga boleh berikan wang bulanan kepada mak dan ayah.

Satu perubahan besar ialah keyakinan diri yang bertambah. Kalau dulu, saya seorang yang pemalu dan tak yakin diri untuk bercakap dengan orang lain. Apatah lagi bercakap dengan orang yang tidak dikenali.

Saya berani redah masuk ke outlet. Set appointment dengan pemilik outlet untuk present business plan saya kepada mereka. Semua ini saya belajar dengan puan Founder iaitu Puan Nurhafiza Jusoh.

Beliau banyak berikan bimbingan tanpa pernah berkira masa dan tenaga. Kadang kadang beliau akan call saya untuk berikan bimbingan secara personal. Faktor inilah yang menyebabkan saya terus grow perniagaan ini. Dari saya tidak pandai apa apa hingga kini saya boleh mengetuai sebuah team yang begitu besar. Saya mempunyai team dibawah saya yang aktif lebih 60 orang. Siapa sangka hanya bermula dengan 15 pek dan sekarang saya dapat menjual pernah mencecah 4000 pek sebulan.– Puan Yunzi, Executive Partner Selangor.

Antara pencapaian Puan Yunzi sepanjang jalankan perniagaan Coastal Dim Sum

Kisah Pengalaman Team Coastal
Reward Freezer 200L
Kisah Pengalaman Team Coastal
– Reward Handbag Carlo Rino – Reward Barang Kemas
Kisah Pengalaman Team Coastal
Reward Goldbar dan Reward Cincin Emas

Dalam dunia perniagaan memang banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Lain bisnes, lain ragamnya. Namun Puan Yunzi tidak mudah mengalah dan beliau sentiasa terus mengorak langkah untuk mengembangkan lagi bisnes Coastal Dim Sum.

Macam mana, kalian rasa bersemangat tak untuk jalankan bisnes selepas lihat perkongsian daripada Puan Yunzi? Lebih lebih lagi kita sekarang berada dalam keadaan pandemik Covid-19, yang mana semua orang mempunyai masalah kewangan.

Jadi kepada anda yang berada di Selangor, yang berminat untuk menjana pendapatan ataupun yang mahu membuat tempahan produk Coastal boleh stalk FB Page Yumnaz Dimsum Selangor/KL ataupun hubungi 0199625963 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.